Tuesday, April 24, 2012

Punca Billy Di Gugurkan???

Akhirnya Presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS) Tan Sri James Masing bersuara mengenai keputusan partinya menggugurkan Ahli Parlimen Hulu Rajang Datuk Billy Abit Joo.

Beliau berkata, ini kerana kemampuan boleh menang Billy dipersoalkan menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

Pada PRU 2008, undi majoriti Billy menurun 41 peratus berbanding PRU 2004.

“Dalam politik, tempoh perkhidmatan boleh ditentukan menerusi kepopularan.

“Keputusan Datuk Billy pada 2008 menyebabkan kemampuan boleh menangnya tergugat.

“Pengalaman 22 tahun (lima penggal) sebagai Ahli Parlimen sudah cukup me-nunjukkan kemampuannya berkhidmat untuk rakyat.

“Tetapi bagi saya perkara yang paling penting ialah untuk PRS meletakkan muka baharu bukan sahaja untuk menang tetapi maju,” kata Masing semalam.


Pembangkang Akan Memburukkan BN

Temenggung Vincent Lau merupakan calon berpotensi mewakili Barisan Nasional (BN) di Parlimen Sibu meramalkan pembangkang akan menggunakan pelbagai isu untuk mewujudkan rasa tidak puas hati di kala-ngan pengundi di Sibu.

“Saya rasa pembangkang akan berusaha keras untuk menjatuhkan imej BN. Mereka akan berkata BN mempunyai harapan yang tidak benar. Apa yang mereka lakukan adalah menggunakan taktik untuk memberi gambaran palsu pada BN dan menyebabkan kadangkala orang ramai cenderung untuk mempercayai dakwaan mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas majlis penyampaian biasiswa daripada Persatuan Kayu Sarawak (STA) dan Daiken Sarawak Sdn Bhd kepada wakil sekolah-sekolah persendirian Cina di sini semalam.

Lau merupakan calon yang disyorkan oleh Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Cawangan Sibu untuk mewakili BN dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) nanti, turut menjangka pembangkang akan menimbulkan pelbagai isu dalam pilihan raya nanti.

Kemudahan Perubatan Di Sarikei Meningkat

Kira-kira 133,572 penduduk Sarikei dan sekitarnya menikmati kemudahan perubatan yang canggih dan moden secara berperingkat sejak tahun lepas.

Ia bermula dengan langkah menjadikan Hospital Sarikei sebagai Hosiptal Pakar Minor dengan membawa masuk beberapa doktor pakar.

Sejak tahun lepas sebanyak empat doktor pakar berhidmat di Hospital Sarikei dan semua usaha yang dijalankan ini menunjukkan bahawa kerajaan dan pemimpin Barisan Nasional (BN) memberi keutamaan terhadap kualiti penjagaan kesihatan rakyat di negara ini amnya.

Ahli Parliman Sarikei Ding Kuong Hiing berkata, tiada perkara yang lebih berharga selain daripada mempunyai tubuh dan minda yang sihat dan oleh sebab itulah kerajaan sentiasa memperbaiki kemudahan hospital dan menambah tenaga kerja.

Sehubungan itu beliau meminta kakitangan yang telah dilantik agar menyampaikan perkhidmatan berkualiti kepada masyarakat yang datang dan memerlukan perkhidmatan.


Orang Limbang sokong Hasbi??

Seramai 52 ketua masyarakat dan ketua kampung di daerah ini berikrar untuk memberi sokongan penuh kepada Hasbi Habibollah sebagai calon bagi kerusi Parlimen P.221 Limbang pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) yang bakal diadakan tidak lama lagi.

Sokongan tidak berbelah bahagi itu disuarakan pada Program Memperkasa Jaringan Komuniti anjuran Jawatankuasa Kebajikan Kanak-kanak Daerah Limbang di sini Sabtu lepas.

Ketua masyarakat Melayu/Kedayan Pemanca Alie Jahar berkata, ketua kaum dan ketua kampung yang terdiri daripada pelbagai kaum itu sebulat suara mahu Hasbi dicalonkan semula di kerusi itu pada PRU13 kelak.

SWP Ganti PRS????

Parti Rakyat Sarawak (PRS) tidak percaya pendaftaran Sarawak Workers Party (SWP) dengan Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS) adalah untuk menggantikan PRS dalam Barisan Nasional (BN).

Pemuda Pusat PRS dalam kenyataannya yang ditandatangani Kemarau Entalai selaku ahli exco berkata, ini kerana SWP bukan parti komponen BN dan penubuhan parti itu lebih kepada usaha membalas dendam penggerak utama parti itu, Datuk Sng Chee Hua ke atas para pemimpin PRS.

“Kami tidak percaya pendaftaran SWP adalah untuk menggantikan PRS di enam kerusi Parlimen kerana SWP bukan parti komponen BN.

“Datuk Sng menyasarkan kerusi Parlimen milik PRS kerana masih berdendam dengan pemimpin-pemimpin PRS… beliau bersama beberapa pengikutnya telah dipecat daripada PRS,” ujarnya.

Beliau menambah: “SWP didaftar untuk meneruskan agenda peribadi dan kepentingan Sng bukan untuk berkhidmat kepada rakyat, khususnya komuniti Dayak di kawasan luar bandar.”

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...