Tuesday, April 24, 2012

SWP Ganti PRS????

Parti Rakyat Sarawak (PRS) tidak percaya pendaftaran Sarawak Workers Party (SWP) dengan Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS) adalah untuk menggantikan PRS dalam Barisan Nasional (BN).

Pemuda Pusat PRS dalam kenyataannya yang ditandatangani Kemarau Entalai selaku ahli exco berkata, ini kerana SWP bukan parti komponen BN dan penubuhan parti itu lebih kepada usaha membalas dendam penggerak utama parti itu, Datuk Sng Chee Hua ke atas para pemimpin PRS.

“Kami tidak percaya pendaftaran SWP adalah untuk menggantikan PRS di enam kerusi Parlimen kerana SWP bukan parti komponen BN.

“Datuk Sng menyasarkan kerusi Parlimen milik PRS kerana masih berdendam dengan pemimpin-pemimpin PRS… beliau bersama beberapa pengikutnya telah dipecat daripada PRS,” ujarnya.

Beliau menambah: “SWP didaftar untuk meneruskan agenda peribadi dan kepentingan Sng bukan untuk berkhidmat kepada rakyat, khususnya komuniti Dayak di kawasan luar bandar.”

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...