Tuesday, April 24, 2012

Pembangkang Akan Memburukkan BN

Temenggung Vincent Lau merupakan calon berpotensi mewakili Barisan Nasional (BN) di Parlimen Sibu meramalkan pembangkang akan menggunakan pelbagai isu untuk mewujudkan rasa tidak puas hati di kala-ngan pengundi di Sibu.

“Saya rasa pembangkang akan berusaha keras untuk menjatuhkan imej BN. Mereka akan berkata BN mempunyai harapan yang tidak benar. Apa yang mereka lakukan adalah menggunakan taktik untuk memberi gambaran palsu pada BN dan menyebabkan kadangkala orang ramai cenderung untuk mempercayai dakwaan mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas majlis penyampaian biasiswa daripada Persatuan Kayu Sarawak (STA) dan Daiken Sarawak Sdn Bhd kepada wakil sekolah-sekolah persendirian Cina di sini semalam.

Lau merupakan calon yang disyorkan oleh Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Cawangan Sibu untuk mewakili BN dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) nanti, turut menjangka pembangkang akan menimbulkan pelbagai isu dalam pilihan raya nanti.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...