Monday, April 30, 2012

Jelajah Janji Ditepati Sarawak Disambut Baik

Rakyat Sarawak menyambut baik program Jelajah Janji Ditepati yang disifatkan sebagai manifestasi kerajaan dalam menunaikan segala janji yang diberikan kepada rakyat sebelum ini.

Menurut seorang pengunjung yang ditemui semasa program berkenaan semalam, Ramzi Sa’at, 29, program tersebut membolehkan kerajaan mendengar permasalahan rakyat secara terus dan menyelesaikannya dengan serta-merta.

Tambahnya, program berkenaan merupakan pencapaian dalam usaha membangunkan rakyat sebagai usaha membawa perubahan yang dipamerkan bagi rakyat menilainya.

“Buktinya, kunjungan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ke sini membawa banyak berita gembira apabila memberikan pelbagai peruntukan dan bantuan untuk pembangunan rakyat di negeri ini,” katanya ketika ditemui di karnival sempena Jelajah Janji Ditepati di pekarangan parkir kereta Wisma Bapa, Petra Jaya semalam.

Ramzi dari Kampung Astana yang datang bersama keluarganya menambah, melalui program seumpama itu, Perdana Menteri dapat menyelami masalah rakyat dan menyelesaikannya dengan cepat.

“Itulah pemimpin yang kita mahukan dan ia perlu dicontohi pemimpin di negeri ini,” tegasnya.

Pemuda PBB Harap Ahlinya Dicalonkan

Pergerakan Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Negeri yakin pucuk pimpinan tertinggi parti akan memberi peluang kepada beberapa muka baharu barisan Pemuda pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) akan datang.

Setiausaha Agungnya, Gerald Rentap Jabu berkata barisan Pemuda PBB Negeri sememangnya berharap setiap kali pilihan raya negeri atau pusat ahli-ahlinya akan dicalonkan.

“Kami sememangnya mempunyai ahli-ahli yang profesional dan layak untuk dipilih sebagai calon pada PRU13 nanti,” katanya kepada pemberita di sini semalam.

Calon Mesti Mesra Rakyat

Barisan Nasional (BN) perlu meletakkan calon yang bukan sahaja mampu memberi perkhidmatan kepada rakyat tetapi juga merupakan individu yang mudah didekati dan mendampingi rakyat.

Pemerhati Politik Wan Zain Syed Mohdzar berkata saranan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang mahukan calon boleh menang dan bukannya kegemaran parti perlu difahami sedalamnya.

“Kita mempunyai ramai calon yang boleh menang namun ia tidak bererti jika calon itu hanya dikenali daripada kalangan parti politik berbanding rakyat setempat,” katanya ketika dihubungi semalam.

Beliau memberitahu, mana-mana calon yang difikirkan boleh menang pada pilihan raya kelak perlu mempunyai komitmen yang tinggi untuk memberi perkhidmatan kepada rakyat.

“Seperti sebelum ini, saya menyarankan BN supaya mengekalkan penyandang yang sudah memberi perkhidmatan cemerlang kepada rakyat kerana mereka juga merupakan calon boleh menang dan digemari rakyat,” katanya.


Jangan Hasut Rakyat..

Golongan intelektual Dayak diseru supaya berhenti daripada terus berkempen di kawasan-kawasan pedalaman dan menghasut rakyat.

Setiausaha Parti Rakyat Sarawak (PRS) Cawangan Skuau Tuai Rumah Tungku Balang berkata, golongan itu sepatutnya bijak menggunakan kebijaksanaan untuk membangun bangsa dan bukannya menghasut rakyat supaya membenci kerajaan.

“Golongan terbabit sebenarnya telah dihasut oleh pihak pembangkang yang menggunakan mereka untuk menumbangkan kerajaan Barisan Nasional (BN). Mereka ini tersalah pilih parti dan seolah-olah lupa daratan dari mana mereka mendapat pendidikan kalau tidak dibantu kerajaan.

“Apabila sudah berjaya dan mempunyai kedudukan, mereka mula menentang kerajaan dan ini tidak menunjukkan sikap profesional mereka,” ujarnya kepada Utusan Borneo, semalam.

Beliau berkata demikian ketika menyatakan komen tentang golongan intelektual Dayak yang didapati kerap turun padang ke rumah-rumah panjang di kawasan pedalaman di negeri ini untuk berkempen memandangkan musim Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) semakin tiba.


Dakwaan Sabotaj Semakin Jelas

Tindakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP) Wong Judat menghadiri majlis bukan Barisan Nasional (BN) di Julau Sabtu lepas mengecewakan pemimpin dan rakan-rakan ahli komponen BN Parti Rakyat Sarawak (PRS).

Setiausaha Agung PRS Datuk Wilfred Nissom berkata apa yang berlaku pada hari itu menguatkan dakwaan awal oleh Presiden PRS Tan Sri James Masing wujudnya sabotaj ke atas PRS di Julau.

Berikutan itu, Nissom mempersoalkan sama ada terdapat sebarang tindakan akan diambil oleh pimpinan SPDP ke atas Wong yang hadir sebagai tetamu kehormat untuk majlis anjuran Parti Pekerja Sarawak (SWP) yang berhasrat untuk bertanding di kerusi PRS.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...