Monday, July 16, 2012

Wong Judat Vs Joseph Salang???

Presiden Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP) Tan Sri William Mawan kekal tenang mengumpul segala urusan Wong Judat-Joseph Salang untuk parti mencari penyelesaian terbaik bagi menyelesaikan isu terbabit.

Memberitahu pemberita di sini semalam, Mawan berkata telah banyak rundingan dan perbincangan dilakukan berkaitan isu melibatkan ADUN Meluan Wong dan Ahli Parlimen Parti Rakyat Sarawak (PRS) di Julau Datuk Joseph Salang Gandum.

Difahamkan, Wong yang juga Naib Presiden SPDP telah bertemu Mawan baru-baru ini dan memberikan presiden parti itu tempoh untuk mengambil keputusan sama ada parti menyokong pihaknya atau beliau sendiri akan bertanding menentang Salang, atau sama ada kembali pada keputusan pro-Salang.

Mawan sudah berada pada keadaan yang sukar untuk memilih, dan bakal menyaksikan kemungkinan Wong meletak jawatan daripada parti untuk menyertai Parti Pekerja Sarawak (SWP) di mana penggerak utama Datuk Sng Chee Hua telah berikrar untuk memenangi semua kerusi PRS pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

Mawan tidak dapat menghentikan Wong daripada meletak jawatan untuk bertanding di Julau, walaupun beliau akan mengganggu PRS yang akan mencalonkan Salang untuk mempertahankan kerusinya.


Cina Harus Beralih Sokong BN

Senator Datuk Idris Buang semalam menyampaikan mesej kepada pengundi Cina di bandar agar mengubah minda pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) nanti dengan beralih sokongan kepada Barisan Nasional (BN).

Ini kerana, jelas beliau sokongan daripada masyarakat itu amat diperlukan dalam memastikan pelan transformasi kerajaan terutama Koridor Tenaga Diperbaharui Sarawak (SCORE) dapat direalisasikan dengan sempurna.

Visi kerajaan adalah berpandangan jauh iaitu membangunkan ekonomi negeri serta menyediakan peluang pekerjaan kepada generasi baharu menjelang tahun 2020 dan 2030

Pendidikan Cegah Jenayah...

Pendidikan memainkan peranan penting dalam mengurangkan kadar jenayah kerana pendidikan boleh membantu membentuk sikap dan akhlak seseorang individu menjadi lebih baik dan bermoral..walaupun kadar jenayah meningkat di kebanyakan negara namun dengan pendidikan yang baik, golongan muda akan membesar dan belajar tentang nilai-nilai positif yang boleh menghindarkan mereka daripada terpengaruh dan seterusnya terjebak dalam kancah jenayah..Pendidikan yang baik bukan hanya menyediakan platform untuk menjadikan seseorang individu itu berjaya malah boleh memberikannya kekuatan untuk membina sikap yang bermoral, menghormati diri sendiri dan meningkatkan pengetahuan mengenai sikap sosial yang lebih baik..

Nilai-nilai murni berasaskan pendidikan adalah tunjang kepada pembangunan individu tanpa mengira umur mahupun jantina mereka, ini kerana pendidikan akan membentuk seseorang itu dalam tiga aspek iaitu fizikal, mental dan sikap..jadi melalui pendidikan, remaja dan belia boleh menyemai dan belajar nilai-nilai moral seperti kepercayaan terhadap Tuhan, pentingnya kerja keras, menghormati diri sendiri dan mengetahui mana yang buruk dan baik..


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...