Friday, August 3, 2012

Pembangkang Kalah Kerna Isu Hudud?

Setiausaha Parti Tindakan Demokratik (DAP) Sarawak Chong Chieng Jen berkata Ketua Pemuda Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Tan Kai, silap jika menganggap Barisan Nasional (BN) dapat menewaskan pembangkang dengan menggunakan isu undang-undang hudud.

Bercakap pada sidang akhbar semalam, beliau berkata DAP sama ada pada peringkat negeri mahupun kebangsaan tidak akan menyokong undang-undang hudud.

Malah beliau memetik kenyataan ‘langkah mayat saya dahulu’ oleh seorang pemimpin kebangsaan DAP berhubung pelaksanaan undang-undang hudud.

“Pemuda SUPP mencabar kami untuk membuat pendirian mengenai undang-undang hudud, kami menyatakannya dengan jelas dan sekali lagi bahawa kami menentangnya.


Dr Teo Aju Soalan Bodoh?

Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Miri Dr Michael Teo semalam melahirkan rasa kesalnya atas insiden yang tidak diduga berlaku antara beliau dengan Menteri Muda Perumahan Abdul Karim Rahman Hamzah pada Rabu lalu.

Dakwanya, Abdul Karim selaku seorang wakil rakyat selain merupakan seorang menteri muda, seharusnya bersikap profesional dan tidak mengeluarkan perkataan ‘bodoh’ kepada sesiapa pun, walaupun daripada parti lawan.

Dalam kejadian kelmarin (Rabu), sejurus selepas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengadakan taklimat mengenai peraturan baharu bagi Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13), pada sesi soal jawab, Dr Teo mendakwa Karim telah mengeluarkan perkataan ‘bodoh’ terhadap soalan yang dikemukakan oleh beliau kepada SPR.


Sagan Diganti?

Laporan sebuah akhbar nasional bahasa Inggeris mengenai nama lima calon bagi konstituensi Parlimen Baram menggantikan penyandangnya, Datuk Jacob Dungau Sagan adalah penulisan berdasarkan khabar angin semata-mata.

Pengerusi Pemuda Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP) Telang Usan Romulus Charles Agan Raja berkata, pihak media harus meneliti sama ada ia fakta atau sebaliknya sebelum menyiarkan sesuatu.

“Janganlah keluarkan sesuatu yang berbentuk khabar angin (rumours) kerana semua orang akan baca, itu (laporan) adalah tidak benar sama sekali,” katanya ketika ditemui di Bilik Mesyuarat Pejabat Residen Miri tengah hari semalam.


PRU13 November???

Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) kemungkinan akan diadakan selewat-lewatnya November tahun ini.

Ramalan itu disuarakan oleh Menteri Muda Pembangunan Belia (Bandar) Abdul Karim Rahman Hamzah..Namun, beliau memberitahu keputusan muktamad mengenai PRU13 terletak di tangan pucuk pimpinan tertinggi Barisan Nasional (BN) iaitu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Jadi sekarang kita berada pada pertengahan jalan di mana jika kita membubarkan Parlimen sekarang, negeri-negeri di bawah Pakatan Rakyat tidak mampu untuk tidak dibubarkan.

“Ini mungkin perkara yang menghalang Perdana Menteri daripada mengumumkan pembubaran pada waktu itu walaupun beliau mungkin mahu berbuat demikian, tetapi jika beliau merasakan pihak pembangkang tidak akan membubarkan kerajaan tidak guna pilihan raya diadakan kerana selepas pilihan raya kita masih hilang empat negeri,” katanya.


Ahli PRS Ada Muslihat??

Timbalan Setiausaha Agung Parti Rakyat Sarawak (PRS) Snowdan Lawan menyifatkan segelintir ahli partinya di Balai Ringin dekat sini sebagai mempunyai muslihat politik negatif.

Snowdan yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Balai Ringin tidak bertapis dengan perkataannya apabila memanggil ahli-ahli parti yang menyeleweng ini sebagai tukang.

Tukang-tukang ini katanya bersekongkol kerana mereka mahu keluar daripada situasi cemas yang dihadapi oleh mereka susulan laporan mengenai tindakan mereka dalam buletin Iban, Kenyalang.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan jerayawara BERNAS-SABERKAS Bubur Lambuk/Bubur Pedas di Kampung Sabal Jaya, Sungai Kura di Balai Ringin petang kelmarin.

Menurut Snowdan: “Mereka mesti mempunyai rasa tidak selamat mengenai pendirian politik mereka sekarang.

“Jika mereka rasa selamat, mengapa mereka perlu membuat muslihat politik negatif ini?”

Beliau mendakwa tindakan mereka yang digelar tukang itu telah memberi kesan kepada pemimpin masyarakat dan pegawai daerah kecewa apabila mereka tidak hadir pada kursus sedangkan telah diberi elaun.


Persoal Ketelusan Punca Kecoh

Menteri Muda Perumahan Abdul Karim Rahman Hamzah semalam memberitahu kekecohan yang berlaku selepas sesi taklimat Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dengan wakil parti politik kelmarin ber-punca daripada tindakan Dr Michael Teo mempersoalkan ketelusan undi pos membabitkan tentera.

Beliau menjelaskan Teo tidak sepatutnya mengemukakan soalan sebegitu tetapi sebaliknya beliau harus bertanya prosedur mengenai perkara itu.

Jika anda ada pertanyaan tetapi anda tidak membuat kenyataan umum di mana dia (Teo) berkata SPR mengendalikan undian pos di kem tentera selepas undian, peti undi disimpan di dalam kem tentera, kita tidak boleh mempercayai komander tentera kerana kita tidak tahu apa yang berlaku dalam sana dan apabila peti undi dibuka kita lihat semua BN.

“Jadi anda (Teo) memba-yangkan SPR tidak menjalan-kan tugas, ia adalah satu tuduhan, satu kenyataan umum, SPR dan tentera dan BN me-lakukan sesuatu yang buruk di bawah sini walupun ia dijamin akan dikunci,” jelasnya ketika diminta mengulas mengenai insiden ketegangan itu.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...