Friday, August 3, 2012

Ahli PRS Ada Muslihat??

Timbalan Setiausaha Agung Parti Rakyat Sarawak (PRS) Snowdan Lawan menyifatkan segelintir ahli partinya di Balai Ringin dekat sini sebagai mempunyai muslihat politik negatif.

Snowdan yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Balai Ringin tidak bertapis dengan perkataannya apabila memanggil ahli-ahli parti yang menyeleweng ini sebagai tukang.

Tukang-tukang ini katanya bersekongkol kerana mereka mahu keluar daripada situasi cemas yang dihadapi oleh mereka susulan laporan mengenai tindakan mereka dalam buletin Iban, Kenyalang.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan jerayawara BERNAS-SABERKAS Bubur Lambuk/Bubur Pedas di Kampung Sabal Jaya, Sungai Kura di Balai Ringin petang kelmarin.

Menurut Snowdan: “Mereka mesti mempunyai rasa tidak selamat mengenai pendirian politik mereka sekarang.

“Jika mereka rasa selamat, mengapa mereka perlu membuat muslihat politik negatif ini?”

Beliau mendakwa tindakan mereka yang digelar tukang itu telah memberi kesan kepada pemimpin masyarakat dan pegawai daerah kecewa apabila mereka tidak hadir pada kursus sedangkan telah diberi elaun.


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...