Tuesday, May 8, 2012

Boleh Ker PR Menang 10 Kerusi Di Sarawak?

Pakatan Rakyat (PR) berhasrat untuk memenangi 10 kerusi di Sarawak pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) bagi membolehkan parti itu menang majoriti untuk membentuk kerajaan persekutuan pembangkang baharu di negara ini.

Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, daripada jumlah itu enam hingga lima kerusi diagihkan untuk kawasan bandar manakala empat kerusi bagi kawasan luar bandar termasuk kerusi Limbang.

Menurutnya, bagi memastikan kemenangan tersebut jentera pilihan raya melibat-kan PR sudah melakukan persiapan rapi untuk menghadapi PRU13 yang semakin dekat.

Beliau berkata, PR juga sudah mempunyai manifesto, program pilihan raya, buku jingga, agenda dan manifestasi satu suara melibatkan semua parti komponen di bawah PR.

“Kami akan bertanding di semua kerusi termasuk di Sabah dan Sarawak untuk mendapatkan majoriti bagi membentuk kerajaan persekutuan pembangkang baharu bagi menawan Putrajaya pada PRU13 ini kelak,” katanya ketika ditemui pemberita di sini petang kelmarin.


Penyandang kerusi Parlimen Sibuti Ahmad Lai Bujang menyifatkan kerajaan Barisan Nasional (BN) telah berjaya menyelesaikan semua isu melibatkan kebajikan rakyat khususnya di luar bandar.

Beliau berkata, kontituensi Sibuti sendiri tidak mempunyai sebarang isu besar yang berbangkit kerana sebahagian besarnya yang cuba dibangkitkan sesetengah pihak, telah diselesaikan.

“Jika bercakap mengenai subsidi minyak, kerajaan masih menyediakan bantuan itu.

“Jika isu sekolah pula, kerajaan ada peruntukan membaik pulih sekolah manakala nelayan masih mendapat bantuan RM200 sebulan,” katanya.

Menurutnya, kawasan Sibuti bebas daripada isu-isu yang boleh menimbulkan ketidakpuasan hati rakyat dan jika adapun isu, ia adalah isu lapuk dan telah diselesaikan kerajaan.

“Saya yakin bahawa kawasan Sibuti adalah bersih dan berpotensi besar untuk dikekalkan sebagai kubu kuat Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kelak,” jelasnya.

Menurutnya, selagi kerajaan BN kekal memerintah, rakyat akan terus menikmati kemajuan dan kebajikan mereka akan terus dijaga rapi.



SWP Guna Lambang Sendiri

Parti Pekerja Sarawak (SWP) akan bertanding pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang menggunakan lambangnya sendiri jika permohonannya diluluskan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

SWP telah mendaftar dengan Jabatan Pendaftar Pertubuhan bulan lepas.

Menurut Pengarah SPR Negeri Datu Takun Sunggah, penggunaan lambang seperti dipohon SWP akan diluluskan jika ia memenuhi semua syarat ditetapkan suruhanjaya itu.

Timbalan Presiden Protem SWP George Lagong, parti itu kini sedang merekrut ahli dan respons daripada pengundi bandar dan luar bandar amat menggalakkan.

“Sebaik kami berkeyakinan mempunyai ahli yang kuat, kami akan melancarkannya,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelagus itu berkata beliau tidak dapat mengulas sama ada Datuk Sng Chee Hua merupakan ahli SWP atau sebaliknya.

Beliau berkata lambang parti itu berupa topi keledar dan berjabat tangan sebagai mengiktiraf kepentingan pekerja dan rakyat secara keseluruhannya.


G5 Selar Tiong

Penyokong kuat Kelab BN dan Kumpulan 5 G5 di Marudi menyelar tuduhan Datuk Seri Tiong King Sing terhadap mereka yang disifatkan sebagai satu pembohongan dan fitnah.

Mereka menganggap timbalan presiden Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP) itu tidak mendapat maklumat yang betul tentang perkara sebenar khasnya melibatkan aktiviti-aktiviti G5 dan Kelab BN.

Pada hari Sabtu lalu, Tiong dalam ucapannya ketika menemui penduduk di Rumah Margan Bakong, menuduh bekas Setiausaha Kehormat dan ADUN Marudi Datuk Sylvester Entri Muran dan ahli G5 sebagai kumpulan yang mensabotaj dan menentang BN.

Penyokong Entri dikatakan enggan menghadiri majlis anjuran BN atau SPDP di Baram sebagai tanda protes dan rasa tidak berpuas hati mereka terhadap `pembuangan’ G5 daripada SPDP.

Bekas Pengerusi SPDP Cawangan Beluru Tuai Rumah Steward Kayong dan Tuai Rumah Salim Abong dari Sungai Selulit, Bok di Tinjar menyelar tuduhan Tiong terhadap Entri dan G5.

“Tiong tidak mendapat maklumat yang betul tentang kehadiran mereka pada majlis BN.


Fikirkan Cara Kukuhkan BN

Barisan pemimpin Barisan Nasional (BN) Negeri diingatkan supaya memikirkan bagaimana untuk memperkuatkan BN agar tidak terjejas pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

Peringatan ini dinyatakan sendiri oleh Pengerusinya Pehin Sri Abdul Taib Mahmud ketika berucap di hadapan lebih 4,000 penduduk pada Program Berambeh di padang Majlis Daerah Dalat di sini semalam.

Menurut beliau barisan pemimpin BN tidak boleh lagi berfikir pada skop yang kecil sebaliknya ia harus diubah ke arah perjuangan yang lebih besar untuk memungkinkan kita menjadi sebuah negara yang teknikal.

“Dalam Parti Pesaka Bumiputera Bersatu Sarawak (PBB) tiada berlakunya hal perebutan atau berlawan antara satu sama lain.

“Ini semua didorong oleh kepimpinan PBB yang merancang dengan baik apa jua perkara membabitkan parti dan ahli-ahlinya.

“Sebab itu kita dapat melihat dalam PBB ada muka lama dan baru setiap kali menjelang pilihan raya dengan harapan ia akan memperkukuhkan lagi perjuangan kita,” katanya.


Beware Dengan Free Radio Sarawak...

Rakyat di kontituensi Sibuti diingatkan tidak membiarkan diri mereka menjadi mangsa hasutan pembangkang menerusi penyebaran luas siaran Radio Free Sarawak.

Ahli Parlimen Sibuti Ahmad Lai Bujang berkata pembangkang akan menjadikan radio itu sebagai senjata untuk merosakkan pemikiran rakyat menjelang pilihan raya.

“Kerajaan tidak perlu berbuat sedemikian hanya ingin meraih sokongan rakyat sebaliknya ia hanya satu strategi pembangkang untuk menghasut rakyat supaya berpihak kepada mereka,” katanya ketika ditemui semalam.

Teguh Berdiri Di Belakang Kerajaan

Rakyat harus terus berdiri teguh di belakang kepimpinan kerajaan Barisan Nasional (BN) bagi menikmati kesinambungan pembangunan yang direncanakan.

Ahli Parlimen Mukah Datuk Muhammad Leo Toyad berkata, ia amat penting khususnya kepada generasi akan datang yang merupakan aset penting kepada pembangunan negeri dan negara Malaysia amnya.

“Kerajaan amat sedar dengan keperluan rakyat khususnya dari segi pembangunan dan kemudahan infrastruktur.

“Sebab itu, kerajaan sentiasa berusaha merangka sebanyak mana yang perlu bagi memastikan rakyat tidak ketinggalan terutama di kawasan luar bandar,” ujarnya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...