Tuesday, May 8, 2012

Penyandang kerusi Parlimen Sibuti Ahmad Lai Bujang menyifatkan kerajaan Barisan Nasional (BN) telah berjaya menyelesaikan semua isu melibatkan kebajikan rakyat khususnya di luar bandar.

Beliau berkata, kontituensi Sibuti sendiri tidak mempunyai sebarang isu besar yang berbangkit kerana sebahagian besarnya yang cuba dibangkitkan sesetengah pihak, telah diselesaikan.

“Jika bercakap mengenai subsidi minyak, kerajaan masih menyediakan bantuan itu.

“Jika isu sekolah pula, kerajaan ada peruntukan membaik pulih sekolah manakala nelayan masih mendapat bantuan RM200 sebulan,” katanya.

Menurutnya, kawasan Sibuti bebas daripada isu-isu yang boleh menimbulkan ketidakpuasan hati rakyat dan jika adapun isu, ia adalah isu lapuk dan telah diselesaikan kerajaan.

“Saya yakin bahawa kawasan Sibuti adalah bersih dan berpotensi besar untuk dikekalkan sebagai kubu kuat Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kelak,” jelasnya.

Menurutnya, selagi kerajaan BN kekal memerintah, rakyat akan terus menikmati kemajuan dan kebajikan mereka akan terus dijaga rapi.



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...