Monday, April 23, 2012

Dua mahasiswa institusi pengajian tinggi awam (IPTA) mendedahkan, sebuah parti politik menaja mahasiswa untuk mempelajari dan berlatih cara mengadakan demonstrasi jalanan yang dianjurkan pertubuhan di negara luar termasuk Indonesia.

Tujuan utama kumpulan itu adalah bagi menimbulkan kekacauan dan provokasi kepada pihak berkuasa seterusnya menarik perhatian media serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO) asing.

Sebelum dihantar mengikuti kursus ‘demonstrasi jalanan’ itu, mahasiswa itu dipujuk bagi mengikuti perjuangan parti politik berkenaan.

Mereka yang mendedahkan perkara itu kepada Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Puad Zarkashi pada satu majlis pertemuan minggu lalu, berkata seorang pelajar IPTA yang digantung pengajian dan sering kelihatan pada setiap demonstrasi jalanan yang membabitkan parti politik itu, turut dihantar bersama mereka ke Indonesia.

Jangan Turut Serta 3.0

Umno Bahagian Penampang di sini kelmarin menasihatkan orang ramai supaya tidak menyertai Perhimpunan Bersih 3.0 yang dijangka diadakan pada 28 April ini bagi mengelakkan kejadian buruk berlaku.

Ketuanya, Datuk John Ambrose ketika ditemui selepas melaporkan bantahan ke Balai Polis Daerah Penampang kelmarin setelah dikhabarkan pihak penganjur akan menggunakan Padang Merdeka, Kota Kinabalu sebagai tempat berhimpun nanti.

Beliau juga meminta agar umum tidak terpengaruh dengan dakyah sesetengah pihak untuk melakukan perhimpunan semata-mata kerana ianya akan mengganggu ketenteraman awam selain menyebabkan kerugian sekiranya perhimpunan terbabit di luar kawalan.

SWP Tak Gugat Parti Sarawak

Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud menyifatkan kelulusan penubuhan Parti Pekerja Sarawak (SWP) sebagai sesuatu yang positif dalam konteks sebuah negara demokrasi.

Malahan, menurut beliau, terpulang kepada rakyat untuk memilih mana-mana parti yang mereka sukai pada pilihan raya di negara ini.

“Ia (penubuhan SWP) merupakan sebahagian daripada senario politik di Sarawak. Kita telah mengamalkan demokrasi.

“Sebuah lagi parti baharu, kenapa tidak? Ia terpulang kepada rakyat untuk memilih,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan 50 Multiple District 308 Lions Convention di sini, semalam.

Enam Kawasan Kelabu

Enam kawasan kelabu dikenal pasti daripada 31 kerusi Parlimen di Sarawak pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) akan datang..berdasarkan pemantauan yang dibuat, Kuching, Sibu dan Sarikei dikenal pasti antara kerusi terbabit.

Kawasan kelabu adalah di mana Barisan Nasional (BN) menang atau kalah dengan jumlah undi yang kecil dan Kuching dan Sibu adalah dua kerusi yang tewas manakala Sarikei menang tipis..

Oleh yang demikian jentera-jentera BN perlu mula mengambil tindakan sekarang dan tidak hanya menunggu hingga Parlimen dibubarkan untuk melaksanakan aktiviti-aktiviti yang kerajaan telah sediakan...

Kerajaan Barisan Nasional (BN) sentiasa memberikan penekanan terhadap keperluan rakyat sejajar dengan gagasan 1Malaysia ‘Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan’...kerajaan BN juga sentiasa berusaha memberi perkhidmatan terbaik kepada rakyat tanpa mengira bangsa dan agama serta di bandar mahupun di luar bandar.


Usaha kerajaan BN nyata dan jelas dengan pelbagai peruntukan projek pembangunan rakyat yang direncanakan demi kepentingan rakyat yang semestinya akan memberi manfaat kepada semua lapisan masyarakat..Oleh itu, kita sebagai rakyat Malaysia harus memahami, menghayati dan mengamalkan konsep 1Malaysia ke arah meningkatkan perpaduan dalam kepelbagaian yang selama ini menjadi kekuatan rakyat Malaysia..Bagi meningkatkan gaya hidup yang sistematik penduduk luar bandar digalakkan agar merebut peluang yang wujud hasil pelaksanaan Koridor Tenaga Diperbaharui Sarawak (SCORE) yang mampu memberi manfaat segenap lapisan rakyat.


Ini kerana pelan pembangunan jangka panjang, Koridor Tenaga Diperbaharui Sarawak (SCORE) telah dirangka khas untuk menyediakan peluang perniagaan dan pekerjaan kepada rakyat di negeri ini supaya pelaksanaan SCORE mampu memberi peluang meningkatkan taraf sosioekonomi rakyat serta menyediakan pembangunan modal insan yang berkualiti....

Dawos Pertahan Projek Pelancongan Di Sarawak

Timbalan Menteri Pelancongan Datuk James Dawos Mamit memberitahu, beliau berusaha keras mempertahankan projek Kementerian Pelancongan bernilai berjuta-juta ringgit di negeri ini daripada dimansuhkan.


Bercakap dalam Majlis Makan Malam ‘Bidayuh Udung’ di Kampung Sinjok malam kelmarin, katanya beliau terpaksa menggunakan kuasa yang ada padanya untuk memastikan projek-projek itu dilulus dan dilaksanakan untuk faedah rakyat Sarawak.


Sejak dilantik ke jawatan itu pada Januari 2010, beliau mendedahkan bahawa beliau disatukan dengan projek-projek yang melibatkan pelancongan bernilai RM25 juta pada 2010, RM28 juta pada 2011 dan RM38 juta setakat tahun ini.

Cubaan Menjatuhkan Nancy Shukri

Ahli Parlimen Batang Sadong Nancy Shukri enggan melayan surat layang yang cuba menjatuhkannya dan hanya mahu memfokuskan kepada perkhidmatan untuk membangunkan rakyat di kawasannya.

Malah, beliau menyifatkan ia hanya berkepentingan peribadi individu tersebut yang ingin dicalonkan dalam pilihan raya akan datang ini.

“Dia nak jadi calon sebab itu dia tulis surat sebegitu, saya tahu siapa dia, kalau dia nak jadi calon tidak perlu dia burukkan saya, hanya buktikan kamu dapat melakukan kerja membangunkan rakyat.

“Biar orang (rakyat) menilai kita, tidak perlu kita memburuk-burukkan orang lain, sebab itu saya tidak mahu mengendahkan perkara ini jadi saya hanya fokus kepada kerja saya untuk memajukan rakyat di kawasan saya,” katanya ketika diminta mengulas mengenai perkara itu selepas perasmian Karnival Sukan Komuniti 1Malaysia di sini semalam.

Wan Junaidi Sedia Berkhidmat

Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar menyuarakan kesediaannya untuk berkhidmat di konstituensi Santubong yang disandangnya selama dua penggal itu sekiranya beliau dicalonkan semula bagi Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).

Ini kerana, menurut Timbalan Speaker Dewan Rakyat itu, kepercayaan dan mandat penuh oleh rakyat kepadanya memberi semangat juang yang tinggi untuk beliau berkhidmat dengan lebih gigih dalam memastikan konstituensinya terus mengecapi pembangunan dan kemajuan.

“Sejak menjadi Ahli Parlimen pada tahun 2004 dan seterusnya tahun 2008, banyak perubahan telah saya bawa.

Bekas Tentera Sentiasa DiKenang

Kerajaan sentiasa mengenang jasa bekas tentera dalam mempertahankan negara daripada terus dijajah serta membentuk Malaysia menjadi sebuah negara membangun seperti hari ini.

Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Wilson Nyabung Ijang berkata, di bawah pemerintahan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, banyak polisi serta dasar telah digubah bagi memastikan semua pihak mendapat manfaat, termasuk bekas perajurit yang telah banyak berjasa kepada negara.

“Kerajaan amat berterima kasih kepada golongan perajurit ini yang banyak berkorban untuk mendapatkan kemerdekaan negara,” ujarnya ketika berucap pada Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Bekas Tentera Malaysia (PBTM) Cawangan Kapit, di Dewan Suarah di sini, pagi semalam.

Negara Perlu Golongan Pemurah

Membantu golongan yang memerlukan adalah sebahagian daripada usaha untuk membangunkan masyarakat di negeri dan negara ini.

Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud berkata, mereka yang mempunyai keupayaan menyumbang kepada masyarakat yang kurang bernasib baik, merupakan satu sikap yang baik terutama membantu golongan masyarakat yang tidak dapat ‘berdiri dengan kaki sendiri’.

Justeru katanya, semangat untuk membantu ini terserlah dan ingin dilihat menjadi amalan di beberapa bahagian negeri ini kerana semangat untuk menyumbang adalah sebahagian daripada usaha untuk membangunkan Sarawak dan Malaysia.

SUPP Letak Tan Kai Di Bandar Kuching

Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) mengekalkan penyandang kerusi Parlimen Serian dan Sarikei selain mempertaruhkan muka baharu bagi kerusi Bandar Kuching pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) akan datang.

Presidennya Datuk Seri Peter Chin berkata, tiga nama calon itu Datuk Richard Riot (Serian), Ding Kuong Hiing (Sarikei) dan Kaunselor Tan Kai (Bandar Kuching) telah dipersetujui pada mesyuarat jawatankuasa kerja pusat (CWC) untuk dihantar kepada pucuk pimpinan tertinggi Barisan Nasional (BN).

Bagaimanapun, empat lagi nama calon iaitu bagi kerusi Parlimen Sibu, Lanang, Miri dan Stampin belum diketahui dan ia dijangka akan diputuskan selewat-lewatnya pada 30 April ini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...