Friday, April 27, 2012

Sarawak Jadi Tuan Rumah 2 Kali

Perlawanan Bola Sepak Liga Super 2012 diantara Kuala Lumpur dan Sarawak yang sepatutnya Kuala Lumpur yang menjadi tuan rumah di ‘transformed’ menjadikan Sarawak sebagai tuan rumah..ini bermakna Sarawak akan menjadi host kepada pasukan KL ini untuk kali kedua..Ini kerana perlawanan pembukaan kedua-dua pasukan ini telah pun berlangsung di Sarawak dan seperti biasa Sarawak menang 2-0..

Keputusan tersebut telah dipersetujui oleh FAM bahawa pasukan KL tidak mampu menjadi tuan rumah disebabkan beberapa masalah..Namun bagi jurulatih Sarawak perkara sebegini tidak sihat didalam kancah bola sepak negara ketika ini walaupun advantage kepada pasukan Sarawak kerana menjadi tuan rumah...

Bank Data Kerajaan Dan Dasar Diwujudkan...

Persatuan Media Sosial Sarawak (PMSS) bercadang mewujudkan bank data yang mengandungi maklumat tepat berkaitan kerajaan dan dasarnya.

Presiden PMSS Wan Abdillah Edruce Wan Abdul Rahman berkata maklumat-maklumat tersebut boleh digunakan oleh pengamal media sosial untuk disebarkan menerusi blog, Facebook, Twitter dan media sosial lain.

Sambil memberitahu, PMSS yang ditubuhkan pada tahun lepas mengamalkan konsep ‘berhubung dan terbabit’.

“Maklumat yang terdapat dalam bank data itu adalah yang telah dipastikan kesahihannya.

“Ada beberapa kes yang menunjukkan pengamal media sosial tidak memeriksa kesahihan dan terus menyebarkannya.

“Situasi demikian menyebabkan orang ramai yang membaca media sosial mempercayai dan beranggapan ia adalah benar walaupun pada hakikatnya ia salah,” katanya ketika dihubungi, semalam.


Perlu Ada Pembantu kecemasan Di Semua Sektor

Agensi kerajaan dan swasta disaran melatih pembantu kecemasan atau ‘first aid’ di agensi masing-masing bagi mengurangkan risiko kemalangan di kalangan pekerja.

Pengerusi Komandan St John Ambulans Sarawak Datuk Seri Ang Lai Soon berkata pembantu kecemasan memainkan peranan yang penting dalam menghulurkan rawatan pertama ketika kecemasan.

Meskipun ia hanya rawatan ke-cemasan namun impaknya amat besar untuk memastikan mangsa berada dalam keadaan yang stabil sebelum menerima rawatan susulan daripada pusat kesihatan.

“Kami mahu masyarakat tahu peranan St John Ambulans dan kami telah melatih ramai pembantu ke-cemasan di agensi-agensi kerajaan dan swasta seperti SESCo, BCCK dan hotel-hotel.

“Kita tidak tahu bila akan berlakunya kecemasan dan ia boleh terjadi kepada sesiapa sahaja pada bila-bila masa.

“Justeru, pentingnya untuk kita mempunyai pembantu kecemasan di agensi-agensi kerajaan mahupun swasta bagi memberi rawatan segera jika berlaku kecemasan,” katanya.


Petra Jaya Perlu Sekolah Baru

Kawasan Petra Jaya memerlukan sekurang-kurangnya dua sekolah menengah harian baharu bagi mengatasi kesesakan pelajar yang kini dianggap serius.

Menteri Muda Pembangunan Infrastruktur Datuk Daud Abdul Rahman berkata sekolah menengah sedia ada kini tidak mampu menampung keperluan pelajar yang semakin meningkat.

“Sekolah menengah sedia ada seperti SMK Matang Jaya dan beberapa sekolah lain sudah penuh dan kita memerlukan sekurang-kurangnya dua sekolah menengah.

“Kawasan kita memang ada sekolah menengah seperti SM Sains Kuching, Sekolah Seni dan SMK Agama Sheikh Haji Othman Abdul Wahab (SHOAW) namun semuanya merupakan sekolah pilihan,” katanya.

Namun menurut beliau tidak ramai anak-anak di kawasan berkenaan berpeluang ke sekolah pilihan itu dan memerlukan sekurang-kurangnya dua sekolah biasa atau harian.


Dermaga Dinaik Taraf

Usaha menaik taraf termasuk membesarkan saiz dermaga di Estet Perindustrian Piasau di sini bukan sahaja memantapkan pembangunan ekonomi, tetapi menghidupkan penggunaan dermaga sebagai pelabuhan utama pengusaha industri di kawasan berkenaan.

Menteri Muda Perhubungan Datuk Lee Kim Shin berkata, pembesaran dermaga RC Wharf milik Jabatan Kerja Raya (JKR) di Piasau penting untuk menguatkan imejnya sebagai antara pusat perindustrian utama di sini.

Selain industri, penggunaan dermaga itu khasnya untuk nelayan laut dalam juga semakin bertambah yang memberi kesan baik terhadap industri perikanan.

“Melihat kepada kejayaan penganjuran pertandingan memancing laut dalam peringkat antarabangsa di sini, akti-viti sukan perikanan turut menunjukkan pembangunan positif.

“Justeru, usaha membesarkan dermaga ini amat disokong dan akan memberi kesan positif kepada industri perikanan kita,” jelasnya.


Mordi Jadi Calon DAP Di Mas Gading

Naib pengerusi DAP Tasik Biru dan juga penasihat khas kepada Ahli Parlimen Bandar Kuching yang juga Setiausaha DAP Negeri Chong Chieng Jen, Mordi Bimol bersedia dicalonkan untuk kerusi Parlimen Mas Gading pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang jika kerusi itu diperuntukkan kepada Parti Tindakan Demokratik (DAP).

Beliau memberitahu bahawa dirinya sudah bersedia dengan semua isu berbangkit di kawasan itu sebagai senjata berkempen kelak serta juga mendakwa jika dicalonkan pada PRU nanti untuk Mas Gading atau sebaliknya dan sama ada saya dipilih (menang) atau tidak akan terus berkhidmat untuk parti dan pada masa sama memperjuangkan hak rakyat di kawasan itu..

Menurut naib pengerusi DAP Tasik Biru itu, isu utama di kawasan Mas Gading ialah kemudahan asas yang disifatkannya begitu teruk selain berkaitan tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) ini juga kerana rakyat di sana sudah tahu kepada siapa mereka rujuk sekarang setiap kali berdepan masalah tanah Hak Adat Bumiputera kerana untuk ke mahkamah orang kampung tak ada wang dan alternatifnya DAP sedia menghulurkan bantuan..Selain itu juga masalah lain juga menjadi isu yang akan dibangkitkan beliau menjelang kempen kelak..Ini kerana beliau mempersoalkan tindakan Majlis Daerah Bau (MDS) dan Jabatan Kerja Raya (JKR) yang hanya menurap sebahagian sahaja jalan memasuki pekarangan rumah di beberapa kampung di sekitar kawasan tersebut..

p/s..ini satu malapetaka ni kerana selama ni kawasan terbabit dijaga oleh kerajaan(dengar cerita penyandang kerusi Parlimen ini geng 5 yang keluar dari SPDP) ..so harap pihak kerajaan jangan lepas tangan..buat kerja dengan adil dan saksama..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...