Friday, April 27, 2012

Dermaga Dinaik Taraf

Usaha menaik taraf termasuk membesarkan saiz dermaga di Estet Perindustrian Piasau di sini bukan sahaja memantapkan pembangunan ekonomi, tetapi menghidupkan penggunaan dermaga sebagai pelabuhan utama pengusaha industri di kawasan berkenaan.

Menteri Muda Perhubungan Datuk Lee Kim Shin berkata, pembesaran dermaga RC Wharf milik Jabatan Kerja Raya (JKR) di Piasau penting untuk menguatkan imejnya sebagai antara pusat perindustrian utama di sini.

Selain industri, penggunaan dermaga itu khasnya untuk nelayan laut dalam juga semakin bertambah yang memberi kesan baik terhadap industri perikanan.

“Melihat kepada kejayaan penganjuran pertandingan memancing laut dalam peringkat antarabangsa di sini, akti-viti sukan perikanan turut menunjukkan pembangunan positif.

“Justeru, usaha membesarkan dermaga ini amat disokong dan akan memberi kesan positif kepada industri perikanan kita,” jelasnya.


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...