Wednesday, August 1, 2012

Miri Bebas Kolera..

Penduduk Miri diberi jaminan bahawa tiada sebarang kes wabak kolera dilaporkan berlaku di bandar raya ini.

Perkara ini disahkan Menteri Muda Kesihatan Awam Dr Jerip Susil ketika dihubungi Utusan Borneo dari sini semalam.

“Saya telah menghubungi Hospital Miri berhubung kes berkenaan dan dimaklumkan tiada sebarang kes diterima setakat ini.

“Sekiranya ada sebarang kes disyaki, kami akan bertindak segera untuk melakukan pemantauan,” katanya.

Dr Jerip berkata demikian ketika dihubungi untuk mengulas berhubung aduan yang diterima pejabat akhbar ini daripada orang awam yang mendakwa terdapat beberapa kes wabak kolera berlaku di bandar raya ini.

“Setakat ini, kami tidak menerima sebarang laporan berhubung wabak itu. Justeru dakwaan tersebut tidak benar,” ulangnya.

Menurut beliau, setakat ini wabak berkenaan hanya dikesan berlaku di Bintulu.


Penjawat Awam Sarawak Turut Terima Bonus Aidilfitri

Kira-kira 20,000 penjawat awam di negeri ini akan menerima bonus sempena Hari Raya Aidilfitri sebagaimana yang diperolehi penjawat awam perseku-tuan.

Setiausaha Kerajaan Nege-ri Tan Sri Datuk Amar Morshidi Ghani berkata, jumlah bonus yang diterima oleh penjawat awam negeri adalah sama dengan rakan mereka di peringkat persekutuan.

Beliau berkata kakitangan perkhidmatan awam negeri akan dibayar bonus setengah bulan atau sekurang-kurangnya RM500 sebagai persiapan menyambut Hari Raya Aidilfitri.

“Kerajaan negeri telah meluluskan untuk membayar bonus kepada penjawat awam negeri sama seperti kerajaan persekutuan,” katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas majlis berbuka puasa bersama penjawat awam negeri dan persekutuan di sini, malam kelmarin.


Cegah Penularan Wabak Kolera

Jabatan Kesihatan Sarawak digesa mempergiatkan lagi usaha membanteras penularan wabak kolera di bahagian Bintulu, kata Naib Ketua Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Sarawak Pandi Suhaili.

Beliau yang juga Ketua Pemuda PBB Jepak menjelaskan, segala langkah perlu dan drastik wajar dipertingkatkan dari semasa ke semasa bagi membendung wabak berkenaan daripada terus merebak di bahagian ini serta bahagian-bahagian lain di negeri ini.

“Harus diingatkan, mencegah adalah lebih baik daripada mengubati dan oleh yang demikian, kami (PBB Jepak) akan sedia turun padang sekiranya diperlukan bagi membantu Jabatan Kesihatan dalam tugas-tugas memeriksa serta apa jua program anjuran mereka dalam menghapus-kan wabak penyakit yang boleh mengancam nyawa itu,” ujarnya.


BN Dalam Bahaya??

Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) perlu lebih berwaspada dengan pengaruh Pakatan Rakyat (PR)yang menyebabkan segelintir daripada mereka sanggup meninggalkan parti pemerintah.

Ketua Pemuda BN Negeri Datuk Fadillah Yusof berkata, tindakan mereka keluar daripada parti komponen BN dan menyertai PR berkemungkinan besar akan menyebabkan mereka disisih.

Menurutnya, ini kerana ada di kalangan pelopor penubuhan PR telah meninggalkan parti pembangkang itu kerana tidak mendapat hak mereka.

“Daripada terpengaruh dengan janji PR sehingga sanggup keluar BN, lebih baik mereka terus berjuang untuk rakyat bersama panji parti pemerintah,” katanya menerusi sistem pesanan ringkas (SMS) semalam.


Lampu Isyarat Tak Ada, PAS Miri Bising??

PAS Miri menggesa pihak berkuasa tempatan (PBT) mempertimbangkan untuk membina lampu isyarat di Jalan Miri-Bintulu iaitu jalan yang menghala ke Hospital Miri.

Ketua PAS Miri Jofri Jaraiee berkata kebanyakan kenderaan awam yang ingin menuju ke Hospital Miri terpaksa menunggu sehingga kenderaan lengang dari arah bertentangan sebelum dapat masuk ke Jalan Cahaya.

“Pemandu kenderaan yang hendak menuju ke Hospital Miri menghadapi kesukaran terutama pada waktu kemuncak dan kadangkala kenderaan dari arah bertentangan tidak memberi laluan kepada mereka,” katanya kepada Utusan Borneo kelmarin.

Dakwanya, ketiadaan lampu isyarat di simpang masuk ke Hospital Miri turut menyebabkan kesesakan teruk terutama pada awal pagi dan petang.

“Pemandu kenderaan terpaksa berhati-hati sebelum keluar dari simpang terbabit bahkan kenderaan yang datang dari arah bertentangan juga memandu laju dan boleh menyebabkan kemalangan,” katanya.


Dompok Yakin Tiada Lagi keluar UPKO

Presiden Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (UPKO) Tan Sri Bernard Dompok yakin tidak ada lagi pemimpin mahupun ahli parti itu bertindak keluar parti seperti dilakukan Timbalan Presidennya Datuk Seri Wilfred Bumburing.

Bercakap kepada media semalam, beliau berkata keyakinan itu diluahkan kerana menyedari ahli-ahli parti sedia maklum hala tuju perjuangan UPKO selama ini serta yakin Barisan Nasional (BN) sahaja dapat menyelesaikan masalah rakyat Sabah walaupun terpaksa mengambil masa.

“Setahu saya tidak ada lagi pemimpin mahupun ahli akan meninggalkan UPKO kerana mereka tahu dan sedar apa yang saya panggil sebagai ‘perjuangan UPKO’.

“Saya tidak menjangkakannya walaupun ada spekulasi mengenai perkara itu tetapi sekali lagi ingin saya katakan Malaysia adalah negara yang bebas, boleh menyertai mana-mana parti yang kita inginkan… masih ada juga orang mahu menyertai kita (UPKO),” katanya.


Fitnah Polis Seludup Dadah

Polis akan me-neliti laporan terhadap individu yang memfitnah polis Sarawak menyeludup dadah menerusi komen di Facebook sebelum mengambil sebarang tindakan.

Menurut Ketua Polis Daerah Kuching ACP Roslan Bek Ahmad, bagaimanapun sekiranya ia didapati berunsurkan jenayah maka polis akan mengambil tindakan sewajarnya kepada individu ber-kenaan.

“Kita semak dulu laporan dan teliti isi kandungan atau fakta-fakta yang disebut dalam Facebook terlebih dahulu.

“Sekiranya terdapat unsur jenayah, maka kita akan mengambil tindakan,” kata-nya kepada pemberita, kelmarin.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai seorang pengguna Facebook yang menabur fitnah bahawa polis Sarawak menyeludup dadah dan kononnya mendalangi kes dadah di Bau.


Lajim Berundur Tidak Beri Kesan

Peletakan jawatan Ahli Parlimen Beufort Datuk Lajim Ukim dalam UMNO tidak memberi kesan mendalam terhadap perjuangan Barisan Nasional (BN).

Timbalan Speaker Dewan Rakyat Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, mungkin akan timbul sedikit masalah di Beaufort kerana masyarakat masih menyokongnya.

“Datuk Lajim keluar UMNO tidak memberi banyak kesan kepada BN termasuk kita di Sarawak.

“Cuma mungkin timbul sedikit masalah di Beufort kerana ada di kalangan masyarakat masih menyokongnya,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Sungkei Perdana P193 Santubong Zon BGS di sini, malam kelmarin.

Menurutnya, tidak banyak impllikasi psikologi timbul disebabkan peletakan jawatan itu kerana khabar angin mengenainya sudah lama kedengaran.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...