Tuesday, May 22, 2012

Letak Jawatan Jika Siuk Sendiri??

Seramai 40 penduduk dari Baram menggesa ketua-ketua masyarakat mereka meletakkan jawatan masing-masing jika mereka enggan mendengar suara rakyat mereka sendiri yang tidak mahu menyokong projek Empangan Hidroelektrik Baram (Empangan Baram).

Kumpulan yang diketuai Stephen Satie dan Dominic Langat, mengeluarkan gesaan demikian selepas bermesyuarat di Hotel Telang Usan di sini.

Mesyuarat bagi membincangkan mengenai kenyataan yang dibuat oleh Persekutuan Persatuan Orang Ulu Malaysia (FORUM), yang disiarkan dalam akhbar tempatan berbahasa Inggeris, pada Jumaat lepas, yang menyatakan bahawa penduduk menyokong Empangan Baram.

“Kami mahu pemimpin masyarakat kami mendengar suara kami dan bukan hanya mendengar daripada pihak tertentu sahaja, memandangkan kami memberi sepenuhnya kepercayaan dan tanggungjawab kepada mereka,” jelas kedua-duanya semasa sidang media yang diadakan di sini, semalam.

Kumpulan tersebut dalam sidang media semalam melahirkan rasa kecewa dengan pemimpin mereka, Temenggong Pahang Ding serta Presiden FORUM Gerawat Gala yang didakwa memberi kenyataan bahawa masyarakat di Baram telah bersetuju dan menerima cadangan projek empangan tersebut, tanpa terlebih dahulu mendapatkan pengesahan atau persetujuan daripada penduduk daripada 26 rumah panjang yang terjejas secara langsung.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...