Tuesday, August 28, 2012

Nama Pusat Karaoke Mengaibkan Dayak Dibantah

Penggunaan nama sebuah premis hiburan di sini iaitu Dayak Heaven Karaoke Music yang terletak di Tingkat 1, Jalan Ramin di Sibu telah menimbulkan rasa tidak senang hati para ketua masyarakat di sini.

Menurut Temenggung Sir Adrian Ringgau, ia bukan sahaja mendapat perhatian daripada ketua masyarakat malah orang ramai di sini turut tidak bersetuju dengan penggunaan nama premis hiburan itu yang dianggap menjatuhkan maruah masyarakat Iban dan Dayak amnya.

“Mana boleh premis hiburan itu menggunakan nama ‘syurga Dayak’ untuk menjalankan operasi perniagaannya.

“Ini menunjukkan seolah-oleh masyarakat Dayak akan ‘bersyurgakan’ karaoke atau pub dan ini memberikan imej yang tidak baik kepada bangsa Dayak di mata masyarakat lain.

“Perkataan ‘Heaven’ ini yang membawa maksud syurga mempunyai sangkut-paut dengan agama Kristian dan sudah tentu ia juga mencemarkan agama tersebut dengan kegiatan di dalam premis hiburan.


Apa! 20 Tahun Tak Ada Elaun, Macam Mana Boleh Terjadi?

Berkhidmat selama 20 tahun menjadi tuai rumah, satu tempoh yang cukup panjang.

Namun apa yang mengecewakan Tuai Rumah Nasat Ukoh dari Sungai Sengan, Sibu, beliau tidak pernah diberikan elaun serta sijil pelantikan tuai rumah.

Beliau ketika ditemui Utusan Borneo semalam memberitahu, beliau pernah merujuk pekara terbabit kepada pihak berkenaan untuk diselesaikan.

Namun sehingga kini ujarnya, beliau masih belum menerima sebarang keputusan berhubung sijil pelantikannya sebaga tuai rumah.

“Rentetan daripada ketiadaan sijil pelantikan tersebut, saya juga tidak pernah menerima sebarang elaun daripada kerajaan seperti yang dinikmati tuai-tuai rumah lain.

Lagi Kes Denggi, Sampai Bila Kita Berdiam Diri?

Sebanyak dua kes denggi dilaporkan berlaku di bahagian Bintulu dalam tempoh dua minggu pertama bulan ini, kata Ketua Pegawai Kesihatan Bintulu Dr Azlee Ayub.

Katanya tiada pertambahan kes setakat ini dan semuanya berada dalam keadaan terkawal buat masa sekarang, jelasnya pada Mesyuarat Jawatankuasa Wabak Demam Denggi di RPR Sungai Plan dan Flat Sungai Plan di bangunan Perbinda, semalam.

Jelasnya, antara faktor yang menyumbang kepada berlakunya wabak denggi di Bintulu ialah peralihan daripada cuaca panas dan kering kepada musim hujan seperti yang berlaku pada masa sekarang.

Situasi cuaca pada masa sekarang memudahkan lagi proses pembiakan nyamuk aedes terutama di persekitaran yang kurang bersih, lembap serta menakung air.

“Justeru, adalah menjadi tanggungjawab kita semua terutama di kawasan kediaman serta perumahan agar sentiasa mengutamakan aspek kebersihan tempat tinggal dengan sentiasa memastikan tiadanya takungan air yang memudahkan pembiakan nyamuk aedes,” ujarnya.

Paling penting katanya, setiap anggota masyarakat harus sentiasa bekerjasama dan kalau boleh bergotong-royong sesama jiran dalam membersihkan persekitaran tempat kediaman atau perumahan tempat mereka tinggal kerana nyamuk aedes tidak dapat membiak di persekitaran yang bersih, kering dan tidak mempunyai takungan air.


Kibarkan Jalur Gemilang

Mengibar Jalur Gemilang semasa semua lapisan masyarakat menyambut Hari Kemerdekaan akan mempertingkatkan semangat kemerdekaan di samping memupuk semangat berpasukan membangunkan kawasan masing-masing.

Pengerusi Majlis Perbandaran Sibu (MPS) merangkap Ahli Parlimen Lanang Datuk Tiong Thai King berkata, yang lebih penting bagi rakyat untuk mengibar Jalur Gemilang itu ialah menerapkan nilai serta erti kemerdekaan kepada generasi sekarang.

“Kebanyakan generasi sekarang lahir selepas merdeka dan mereka tidak tahu bagaimana payahnya hidup yang ditempuhi oleh rakyat sebelum merdeka,” ujarnya.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...