Thursday, May 24, 2012

Taib Lepas Jawatan...??

Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud berkata beliau tidak perlu memaklumkan pembangkang tarikh untuk mengundur diri.

Peralihan kuasa ujarnya hanya akan berlaku apabila tiba masanya dan sudah tentu pada masa yang sesuai.

Menurutnya memerintah sebuah negeri bukan sekadar kuasa tetapi penuh dengan tanggungjawab memastikan pembangunan sosioekonomi Sarawak terus membangun bukannya semakin rapuh.

“Saya menyifatkan ini sebagai antiklimaks kepada apa yang dibicarakan.

“Mungkin DAP (Parti Tindakan Demokratik) boleh berbuat demikian tetapi saya tidak mahu bercakap banyak mengenai perkara ini,” kata-nya.

Isu peletakan jawatan Taib sebagai Ketua Menteri hangat diperkatakan lebih-lebih lagi pembangkang selepas beliau menyatakan hasratnya untuk berundur selepas pilihan raya negeri lalu dalam tempoh dua tahun kemudian.

Bagaimanapun beliau selepas itu memaklumkan media, peralihan kuasa pucuk kepimpinan negeri hanya akan berlaku apabila tiba masa lebih sesuai.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...