Thursday, May 10, 2012

Diminta Bagi Bukti Dalam Perdamaian...

Presiden Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Datuk Seri Peter Chin mahu kumpulan bekas Setia-usaha Agung SUPP Dato Sri Wong Soon Koh membukti-kan mereka sedia berdamai dalam menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) tidak lama lagi, dengan bukan sekadar berkata-kata.

Katanya, beliau bersetuju dengan kenyataan Wong dalam akhbar semalam bahawa parti ‘perlu mengetepikan sebarang krisis atau ketidakpuasan hati sekurang-kurangnya selepas PRU’.

“Malah saya berani menambah kata bahawa kita harus bertindak dan melakukan usaha sebagai SUPP yang bersatu untuk menghadapi pilihan raya akan datang,” katanya kepada Utusan Borneo menerusi sistem pesanan ringkas (SMS) semalam.

Chin yang juga Ahli Parlimen Miri memberitahu, perpaduan dalam SUPP amat penting khasnya apabila ingin mempertahankan kerusi yang diperuntukkan kepada parti.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...