Wednesday, August 8, 2012

Untungnya Menjadi Polis Dan Tentera

Sebagai menghargai sumbangan jasa serta bakti anggota polis dan tentera, kerajaan memperkenal satu lagi inisiatif terbaru bagi meringankan beban mereka dengan melancarkan kad ”1Malaysia Privilege Card” khusus buat 241,000 anggota dan pegawai kedua-dua pasukan itu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, inisiatif di bawah Strategi Lautan Biru Kebangsaan 6 (NBOS 6) itu membolehkan pemegang kad berkenaan mendapat diskaun antara lima dan 25 peratus daripada harga produk atau perkhidmatan yang ditawarkan oleh kira-kira 20 syarikat yang mengambil bahagian.

Beliau berkata, ia bertujuan memberi manfaat kepada warga Polis Diraja Malaysia dan Angkatan Tentera Malaysia, yang dirujuk beliau sebagai kumpulan “Wira Yang Tidak Didendang”, sebagai lanjutan kepada strategi NBOS 6, yang berkisar kepada kerjasama unik antara pelbagai jabatan serta agensi kerajaan yang diperkenalkan Malaysia, khusus untuk manfaat rakyat dan negara.

Ba'kelalan, Bario Ada Jalan Baru?

Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan memulakan projek membina jalan menghubungkan Ba’ Kelalan dan Bario sebaik sahaja proses mengenal pasti laluan dan isu berkaitan tanah selesai.

Panglima 1 Divisyen Infantri Malaysia, Datuk Mohd Zaki Mokhtar berkata projek berkenaan akan dilaksanakan di bawah Strategi Lautan Biru (SLB) dan ia merupakan projek pembinaan jalan pedalaman kedua dilaksanakan ATM di bawah SLB selepas pembinaan jalan menghubungkan Long Lopeng dengan Ba’ Kelalan sejauh 75 kilometer.

Ketika ini perkembangan projek membina jalan menghubungkan Ba’ Kelalan dan Bario masih di peringkat memutuskan laluan. Oleh itu, kos dan jarak jalan yang akan dibina ini belum dapat ditentukan setakat ini,” katanya kepada pemberita semalam.


Judat Vs Salang

Apa yang membuat Wong Judat tidak puas hati dengan Datuk Joseph sehingga keluar parti SPDP untuk bertanding di Julau pada PRU nanti?

Naib Presiden SPDP Wong Judat semalam meng-umumkan beliau keluar daripada parti bagi membolehkannya bertanding menentang calon Barisan Nasional (BN) di kerusi Parlimen Julau pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) kelak.

Bagaimanapun surat peletakan jawatan Judat yang juga ADUN Meluan itu belum dapat diserahkan kepada Presiden SPDP Tan Sri William Mawan Ikom atau Setiausaha Agung Nelson Balang Rining kerana tidak berada di pejabat.

Kerusi Julau sekarang disandang Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebuda-yaan Datuk Joseph Salang Gandum daripada Parti Rakyat Sarawak (PRS), selepas memenanginya pada PRU 2008.

Saya tidak mahu melibatkan parti (SPDP) dalam perbalahan antara saya dengan Salang.

Peletakan jawatan saya ini tidak ada kaitan dengan BN tetapi hanya antara saya dan Salang,” katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat SPDP di sini, semalam.




Tambang Bas Naik 30%??

Kerajaan diminta memperkenalkan polisi pengangkutan awam darat nasional yang bertujuan antara lain, untuk membantu pengusaha bas ekspres dan henti-henti di negara ini.

Presiden Persatuan Bas Se-Malaysia (PMBOA) Datuk Mohamad Ashfar Ali berkata tanpa dasar yang jelas ditambah dengan keadaan kewangan syarikat bas yang lemah, ramai pengusaha bas tidak pasti apa yang perlu dilakukan untuk mempertahankan perniagaan mereka.

Pengusaha bas kini tidak berani untuk melabur modal tambahan dalam syarikat tanpa polisi seumpama itu.

Mohamad Ashfar berkata sehingga kini rata-rata pengusaha bas tidak pasti sama ada kerajaan mahu mengambil alih operasi perkhidmatan bas atau menyerahkan operasi perkhidmatan itu kepada pihak swasta.

Dalam pada itu, PMBOA turut mencadangkan supaya kerajaan meluluskan kenaikan tambang bas sebanyak 30 peratus berbanding tambang semasa untuk bas yang beroperasi di kawasan berbukit seperti Genting Highlands.

Miri Bukan Bandar Koboi

Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Acryl Sani Abdullah Sani menegaskan kepada orang ramai agar tidak menjadikan penemuan pistol jenis Revolver dalam insiden tembak mati di sini baru-baru ini untuk melabel Miri sebagai sebuah bandar raya koboi.

Katanya adalah tidak adil untuk menilai Miri sebagai sebuah bandar raya koboi atau tidak selamat untuk didiami meskipun penggunaan Revolver merupakan satu penemuan baharu dalam rekod jenayah di ne-geri ini amnya dan Miri khasnya.

Jangan terlalu teruja untuk melabelkan bandar raya kita sebagai tidak selamat.

Berbanding di Amerika, kejadian tembak boleh berlaku di mana sahaja termasuk di sekolah dan panggung, tapi orang masih kata Amerika terbaik malah masih ramai yang bangga bila pergi ke sana,” katanya.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...