Wednesday, May 30, 2012

Kebangkitan SWP...

Presiden Parti Pekerja Sarawak (SWP) Larry Sng menyifatkan SWP sebagai platform untuknya bangkit semula dalam arena politik di negeri ini setelah sekian lama tidak berparti.

Menurutnya yang juga Penasihat Belia di Pejabat Ketua Menteri, masa depan politiknya sebelum ini kian pudar setelah menghadapi krisis dengan Parti Rakyat Sarawak (PRS).

Bagaimanapun, ia tidak menghalang saya sebelum ini berkhidmat kepada rakyat.

Meskipun bukan bergelar Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelagus lagi, Ketua Menteri sambil disokong oleh Perdana Menteri telah melantik saya sebagai penasihatnya dalam soal belia di pejabatnya.

Mereka berdua (Ketua Menteri dan Perdana Menteri) sangat baik kepada saya sehingga memberikan peluang saya untuk bekerja dengan mereka.

Kepercayaan mereka berdua masih tinggi terhadap saya. Cuma politik cemburu PRS yang ‘membunuh’ saya selama ini namun saya ‘hidup’ kembali sekarang..


PRS Vs SWP, Siapa Menang??

Parti Rakyat Sarawak (PRS) diberi jaminan tidak bersendirian dalam menentang Parti Pekerja Sarawak (SWP) yang mengesahkan bakal bertanding di enam kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).

Jaminan itu dinyatakan oleh Setiausaha Agung BN Sarawak Datuk Dr Stephen Rundi Utom semalam berikutan pemilihan bekas ADUN Pelagus Larry Sng sebagai Presiden SWP menerusi mesyuarat agung di Sibu kelmarin.

SWP menurut Larry adalah rakan kepada BN kecuali PRS.

“Prinsip BN tidak ada istilah menjadi rakan BN tetapi menentang satu parti komponen.

“Kami (BN) akan menentang sesiapa yang menentang mana-mana parti komponen,” katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata BN enggan terbabit dengan pihak yang mungkin mempunyai agenda bersifat peribadi.

Parti-parti komponen BN yang lain katanya akan memberi kerjasama sepenuhnya kepada PRS dalam usaha mempertahankan enam kerusi Parlimen terdiri daripada Sri Aman, Lubok Antu, Julau, Kanowit, Selangau dan Hulu Rajang.


Okey Ker Guru Berpolitik??

Warga pendidik yang mahu terlibat dalam bidang politik diingatkan agar berpegang teguh kepada etika keguruan tanpa mengira fahaman dan pegangan politik mereka.

Menteri Kebajikan, Wanita dan Pembangunan Keluarga Datuk Fatimah Abdullah berkata, meskipun telah diberi kelonggaran untuk melibatkan diri dalam bidang politik, mereka harus ingat bahawa mereka adalah seorang profesional.

Kelonggaran itu memang diberikan untuk melibatkan diri dalam politik tetapi mesti memohon kebenaran daripada pihak kementerian terlebih dahulu.

Dalam pada itu warga pendidik harus ingat bahawa mereka adalah seorang pro-fesional yang wajib berpe-gang teguh kepada etika keguruan tidak kira fahaman dan pegangan politik mereka.


Thursday, May 24, 2012

Taib Lepas Jawatan...??

Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud berkata beliau tidak perlu memaklumkan pembangkang tarikh untuk mengundur diri.

Peralihan kuasa ujarnya hanya akan berlaku apabila tiba masanya dan sudah tentu pada masa yang sesuai.

Menurutnya memerintah sebuah negeri bukan sekadar kuasa tetapi penuh dengan tanggungjawab memastikan pembangunan sosioekonomi Sarawak terus membangun bukannya semakin rapuh.

“Saya menyifatkan ini sebagai antiklimaks kepada apa yang dibicarakan.

“Mungkin DAP (Parti Tindakan Demokratik) boleh berbuat demikian tetapi saya tidak mahu bercakap banyak mengenai perkara ini,” kata-nya.

Isu peletakan jawatan Taib sebagai Ketua Menteri hangat diperkatakan lebih-lebih lagi pembangkang selepas beliau menyatakan hasratnya untuk berundur selepas pilihan raya negeri lalu dalam tempoh dua tahun kemudian.

Bagaimanapun beliau selepas itu memaklumkan media, peralihan kuasa pucuk kepimpinan negeri hanya akan berlaku apabila tiba masa lebih sesuai.


Wednesday, May 23, 2012

Musuh Dalam Selimut??

Parti Pekerja Sarawak (SWP) bukanlah sahabat Barisan Nasional (BN), kata Setiausaha Parti Rakyat Sarawak (PRS) Cawangan Skuau Tuai Rumah Tungku Balang.

Menurutnya, pada Sabtu lalu di Rumah Abu di Selangau dekat sini, satu perhimpunan telah diadakan oleh SWP di sana dan menggunakan kain rentang yang bertulis berbunyi ‘SWP adalah parti yang disokong oleh Ketua Menteri dan Perdana Menteri’.

Dari situ ujarnya, ada segelintir ketua kaum di Selangau keliru disebabkan kain rentang terbabit dan terus menyertai kempen yang diadakan di situ.

“Ini sangat mengecewakan kami lebih-lebih lagi tuai rumah di rumah panjang tersebut kenapa dia benarkan SWP masuk ke rumah sedangkan tuai rumah adalah dilantik oleh kerajaan?

“Harap kekeliruan sebegini dapat diatasi oleh mereka yang berkenaan agar tidak menyimpang ke jalan yang salah,” ujarnya kepada Utusan Borneo, semalam.


Tick Tock Sing Song....

Pembangkang, khasnya Parti Tindakan Demokratik (DAP) menjadi juara dalam isu mempolitikkan pendidikan Cina tetapi tidak pernah melakukan apa-apa sebaliknya hanya bercakap sahaja.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Pembangunan Komuniti Dato Sri Wong Soon Koh berkata, sedangkan isu pendidikan merupakan isu yang serius dan tidak harus dipolitikkan seperti mana yang dilakukan DAP.

“Bertahun sudah, DAP tidak pernah melakukan apa-apa melainkan bercakap sahaja.

“Berbeza pula dengan Barisan Nasional (BN) Sibu, sebanyak lima sekolah rendah Cina telah dipindahkan dari luar bandar ke bandar kini.

“Kami juga telah membantu menaik taraf atau membina tidak kurang daripada 12 sekolah rendah dan menengah Cina termasuk sekolah mubaligh, sehingga menukar mereka menjadi beberapa sekolah terbaik di negeri ini, lengkap dengan peralatan..


Tuesday, May 22, 2012

Letak Jawatan Jika Siuk Sendiri??

Seramai 40 penduduk dari Baram menggesa ketua-ketua masyarakat mereka meletakkan jawatan masing-masing jika mereka enggan mendengar suara rakyat mereka sendiri yang tidak mahu menyokong projek Empangan Hidroelektrik Baram (Empangan Baram).

Kumpulan yang diketuai Stephen Satie dan Dominic Langat, mengeluarkan gesaan demikian selepas bermesyuarat di Hotel Telang Usan di sini.

Mesyuarat bagi membincangkan mengenai kenyataan yang dibuat oleh Persekutuan Persatuan Orang Ulu Malaysia (FORUM), yang disiarkan dalam akhbar tempatan berbahasa Inggeris, pada Jumaat lepas, yang menyatakan bahawa penduduk menyokong Empangan Baram.

“Kami mahu pemimpin masyarakat kami mendengar suara kami dan bukan hanya mendengar daripada pihak tertentu sahaja, memandangkan kami memberi sepenuhnya kepercayaan dan tanggungjawab kepada mereka,” jelas kedua-duanya semasa sidang media yang diadakan di sini, semalam.

Kumpulan tersebut dalam sidang media semalam melahirkan rasa kecewa dengan pemimpin mereka, Temenggong Pahang Ding serta Presiden FORUM Gerawat Gala yang didakwa memberi kenyataan bahawa masyarakat di Baram telah bersetuju dan menerima cadangan projek empangan tersebut, tanpa terlebih dahulu mendapatkan pengesahan atau persetujuan daripada penduduk daripada 26 rumah panjang yang terjejas secara langsung.


Monday, May 21, 2012

Muak Dengan Pembohongan Pembangkang??

Sejak akhir-akhir ini pembangkang cenderung ke arah mengucar-kacirkan negara dan mencetuskan pembohongan yang melampau kepada rakyat..Menurut salah seorang ADUN BN Sarawak, pihak pembangkang kini menggunakan taktikyang suka memutarbelitkan fakta sehingga menyentuh isu-isu sensitif yang mereka tahu akan memporak-perandakan rakyat..namun katanya rakyat sudah muak, bosan dan marah dengan kerenah pembangkang sejak akhir-akhir ini yang sering menganggu kestabilan negara..

ADUN tersebut juga menyoal tindakan kerajaan PR Pulau Pinang yang mempersoalkan berapa banyak rumah kos rendah dibina oleh kerajaan Sarawak memandangkan kerajaan PR Pulau Pinang mengumumkan membina sebanyak 18,000 unit rumah kos rendah dengan kos berjumlah RM72,500 seunit..namun itu adalah satu pembohongan dari kerajaan PR tersebut kerana kerana rumah kos rendah yang dibina di Pulau Pinang cuma 1,194 unit.

Hahahaha...apa sudah jadi..kenapa nak sibuk-sibuk dengan negeri orang lain pulak..tunaikan janji mu dahulu sebelum menilai negeri orang...kalau sudah negeri yang diperintah itu dah 100% hebat barulah cari kelemahan negeri orang lain kan..apa punya isu???

Awas! Musang Berbulu Ayam

Masyarakat luar bandar khususnya di kawasan Parlimen Selangau diingatkan agar tidak mudah terpedaya dengan muslihat parti politik baharu yang diibaratkan sebagai musang berbulu ayam.

Presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS) Tan Sri James Masing berkata, perkara ini perlu diambil perhatian yang serius oleh masyarakat luar bandar kerana ia dilihat mampu memecahbelahkan perpaduan di kalangan mereka.

Parti politik baharu yang boleh diibaratkan sebagai musang berbulu ayam ini sentiasa berusaha mencari peluang yang sesuai dan terbaik untuk melemahkan antara sesama kita.

Friday, May 18, 2012

Ahli Politik Jadi Pendidik?

Ahli politik harus menjadi seorang pendidik yang terbaik untuk memimpin dan mendidik masyarakat, tegas Ahli Parlimen Batang Sadong Nancy Shukri.

Beliau memberitahu, setiap ahli politik perlu tahu bahawa salah satu tugas utama mereka adalah untuk meningkatkan taraf pendidikan kerana ia berkait rapat dengan perkembangan ekonomi negara.

“Jika kita mahu pendidik yang baik, ahli-ahli politik juga harus menjadi pendidik yang lebih baik.

“Mereka perlu mendidik dan memimpin masyarakat dalam mengharungi selok belok dunia ini, menjelajahi tempat demi tempat untuk mendapatkan amalan pendidikan terbaik yang boleh dijadikan contoh,” katanya.


Thursday, May 17, 2012

Pan Borneo Jadi Lebuh Raya Berkembar??

Agaknya memang ada kebenaran jalan raya berkembar perlu dibina di sepanjang Sarawak dan Sabah..walaupun dikatakan kuantiti kenderaan terlalu sikit namun ianya perlu bagi menghubung sesebuah bandar dengan bandar dan memastikan keselamatan pengguna jalan terjamin..

Kalau di lihat dengan mata kasar atau halus agak mendukacitakan keadaan jalan sedia ada iaitu pan borneo..pernah sekali rakan Lb datang dari Tanah Malaya mengeluh kerana perjalanan dari Kuching ke Miri memakan masa yang agak lama sehingga 12 jam..selain jalan yang sempit, terpaksa juga melalui jalan yang agak teruk dan berlubang serta kena memperlahan kenderaan kerana jalan tersebut digunakan oleh lori-lori berat..

Kalau dikatakan kurang kenderaan menggunakan jalan sedia memang diakui sebab jalan sempit dan merbahaya, siapa yang hendak membawa kenderaan sendiri menggunakan jalan tersebut..lain la kalau dibina jalan berkembar bukan saja 100 buah kenderaan malah lebih dari 1000 mungkin sebab bila dah besar dan selamat mesti ramai penduduk sekitar akan menggunakan jalan tersebut lebih-lebih lagi boleh sampai Kuching atau Tawau..

Jadi kenyataan ADUN Pelawan ada benarnya bahawa kualiti Jalan Pan Borneo perlu dipertingkatkan segera dengan pembinaan laluan berkembar kerana disebabkan keadaan jalan itu yang tidak baik dan berbahaya ramai pengguna kehilangan nyawa apabila terlibat dalam kemalangan.

Dadah Berkuasa Di Lawas,Limbang??

Wah!nampaknya gejala dadah ni makin meruncing ketika ini..dalam satu kenyataan yang dibahaskan di Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN), ADUN Ba'kelalan mendakwa penglibatan remaja dalam kegiatan penyalahgunaan dadah di Limbang dan Lawas menunjukkan peningkatan membimbangkan kerana ramai remaja dicekup kerana ketagihan dadah kerana bekalan bahan larangan itu terutamanya syabu boleh didapati dengan mudah di bahagian-bahagian itu.

Difahamkan keperluan dadah jenis syabu ini mudah didapati dan boleh dibeli dengan bebas di pasar sayur dengan dibungkus dengan baik dalam penyedut minuman bersaiz pendek dengan harga RM50 sebungkus..agaknya kalau jadi 'tauke' syabu dan menjual sayur rasa dapat ni beli hummer..patutla kalau LawasBoy balik kampung ramai yang segar-segar jer..hehehe..ramai gak yang sering berkungjung ke pasar..beli sayur fresh katakan..haha..

Namun pendedahan yang tidak disangka-sangka ialah pembabitan pihak polis dan pelajar-pelajar sekolah yang menjadi penagih dadah dan ini amat membimbangkan dan seharusnya mendapat perhatian serius daripada pihak berwajib seterusnya menuntut siasatan terperinci dilakukan..Apa yang LawasBoy tahu mengenai penggunaan dadah jenis ini memang telah lama berlaku,sebelum LB bertugas di KL lagi..Bukan hendak menuding jari kepada sesiapa namun penyalahgunaan dadah jenis syabu ini tidak dapat dibendung dengan mudah...




Jalan Berlubang,Tindakan??

Penduduk tempatan dan pengguna khususnya dari negara jiran Brunei Darussalam yang melalui jalan menuju ke Pos Imigresen Tedungan, Limbang melahirkan rasa kebimbangan dengan keselamatan mereka apabila terpaksa melintasi jalan berlubang dan rosak di kawasan berkenaan.

Kerosakan jalan di sepanjang kawasan itu menyaksikan beberapa lubang besar terbentuk ekoran hujan lebat selain kerap dilalui kenderaan berat.

Lebih menyedihkan tiada tanda amaran awal diletakkan di kawasan jalan tersebut sebagai peringatan kepada orang awam dan pengguna jalan.

Malah, menurut mereka keadaan bertambah rumit pada waktu malam kerana keadaan jalan yang gelap akibat ketiadaan lampu jalan yang menerangi kawasan di sepanjang jalan tersebut.

Seorang pengunjung yang juga penduduk dari Brunei, berkata kerosakan jalan yang agak teruk itu hampir membuat beliau mengalami kemalangan dan belum ada tindakan yang diambil pihak berkaitan untuk menyelenggara dan membaiki kerosakan jalan tersebut..

Apa sudah jadi dengan pihak berwajib..ini boleh mencacatkan sistem pentadbiran kerajaan negeri yang tidak melakukan sesuatu untuk memastikan keadaan di negara kita dalam keadaan yang selesa..apatah lagi tempat ini bersempadan dengan negara jiran Brunei Darussalam yang sering menggunakan jalan darat untuk mengunjungi bandar-bandar utama di kepulauan Borneo seperti Kota Kinabalu, labuan dan beberapa bandar yang kaya dengan hasil semulajadinya..Jangan hanya membaiki jalan bila ada pilihan raya sahaja...


Wednesday, May 16, 2012

Perkahwinan Sesama Keluarga, Betulker???

Baru-baru ini, sebuah akhbar tabloid telah menyiarkan laporan mengenai isu perkahwinan sesama ahli keluarga membabitkan suku kaum Penan..tindakan akhbar ini telah menyebabkan ketidakpuasan hati di kalangan-kalangan rakyat Sarawak khususnya bagi orang Penan sendiri..kerana didakwa laporan tersebut tidak bernas sama sekali..

Terbaru kenyataan maaf dari pihak akhbar terbabit dikatakan tidak ikhlas kerana tidak disiarkan di muka depan akhbar..pada masa itu salah seorang pegawai tertinggi dalam kabinet negeri Sarawak mendakwa laporan berita ini hanyalah satu andaian dan yang sengaja disensasikan oleh pihak pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang suka memanipulasikan kaum Penan.



Harian Metro Tidak DiMaafkan

Persatuan Pembangunan dan Pendidikan Masyarakat Penan Sarawak (PADE) tidak puas hati dengan permohonan maaf yang disiarkan Harian Metro semalam kerana ia seolah-olah tidak ikhlas.

Presiden PADE Ezra Uda berkata sepatutnya permohonan maaf itu disiarkan pada muka surat depan dan bukan di halaman 9 yang menunjukkan sikap acuh tak acuh pihak terbabit.

Susulan berita bertajuk ‘Ibuku Isteriku, Bapaku Suamiku’ disiarkan Metro Ahad pada 13 Mei lepas, persatuan berkenaan turut meminta Harian Metro mengemukakan permohonan maaf secara bertulis kepada mereka.

Katanya beliau kesal dengan laporan itu kerana ia akan memberi persepsi negatif masyarakat umum terhadap kaum Penan.

“Oleh yang demikian kami sebagai kaum Penan, pendukung dan penyokong masyarakat Penan amat kecewa dan sakit hati dengan cara pelaporan wartawan Harian Metro yang tidak beretika dan tidak bertamadun,” katanya menerusi kenyataan media semalam.

Ezra berkata lagi kenyataan itu juga hendaklah disiarkan di surat khabar utama berbahasa Malaysia.


Tuesday, May 15, 2012

Guna Sidang DUN Untuk Kepentingan Politik??

Beberapa ADUN di Sarawak mendakwa pihak pembangkang mungkin menggunakan Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) kali ini untuk kepentingan politik lebih-lebih lagi Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) akan diadakan namun sudah siap bersedia untuk menangkis segala tohmahan pembangkang..

Dikatakan pihak pembangkang terutama Parti Tindakan Demokratik akan membangkitkan isu berkaitan alam sekitar dan tanah..apa pun yang cuba diketengahkan oleh parti pembangkang ianya bukan isu baru malah dikatakan isu lama dan lapuk..Seorang ADUN memberitahu isu yang akan dimainkan oleh pembangkang kebiasaannya isu peribadi atau serangan peribadi..

Apa pun yang dilakukan oleh pembangkang ianya adalah mainan politik dan ini merupakan satu persaingan yang biasa dalam kancah politik..kalau tidak ada pembangkang macam mana parti pemerintah akan menjalankan kerja..tak kan nak goyang kaki jer kan..yang paling penting ikhlas dan jujur bila menjadi wakil rakyat...

Kekalkan Penyandang @ Sebaliknya..

Parti Rakyat Sarawak (PRS) mengambil keputusan untuk mengekalkan penyandang kerusi Parlimen Julau Datuk Joseph Salang Gandum untuk mempertahankan Barisan Nasional (BN) di kerusi berkenaan walaupun ada segelintir pihak meminta agar beliau (Salang) digugurkan kerana dilihat sebagai bukan lagi calon boleh menang.

Presidennya Tan Sri James Masing berkata parti itu akan mempertahankan keputusannya walaupun mendapat bantahan dan memastikan Salang kekal dalam barisan calon parti untuk Pilihan Raya Umum (PRU) yang dijangka akan diadakan tidak lama lagi.

“Ada pihak yang mencadangkan kepada kami supaya menggugurkan penyandang kerusi ini (Julau) dan mencalonkan muka baharu tetapi berdasarkan penilaian dan tinjauan kami di peringkat akar umbi, beliau (Salang) adalah calon boleh menang.

“Justeru bagi kami, beliau adalah calon terbaik untuk mempertahankan kerusi ini bagi BN. Ahli lain dalam BN yang berpendapat sebaliknya harus memberi sokongan sepenuhnya kepada calon ini bagi memastikan kemenangan untuk BN,” katanya.


SWP Sapu Kerusi PRS??

Parti Pekerja Sarawak (SWP) yakin menang di semua kerusi milik Parti Rakyat Sarawak (PRS) pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) yang akan datang.

Calon SWP bagi kerusi Parlimen Kanowit Ellison Ludan memberitahu, rakyat kini inginkan perubahan dan mahukan parti baharu mentadbir.

“Kalau dilihat pada trend sekarang, rakyat khususnya golongan belia mahu perubahan iaitu menukar pemimpin yang terlalu lama berkhidmat.

“Ini kerana mereka yang terlalu lama menjadi wakil rakyat adalah tidak baik serta boleh menyalahgunakan kuasanya.

“Saya tidak bermaksud memburukkan sesiapa, tetapi perkara ini memang benar. Jika terlalu lama menjadi wakil rakyat atau pemimpin, seseorang itu dapat dilihat akan menyalahgunakan kuasanya.

“Oleh itu, SWP percaya rakyat akan memberi sokongan kepada kami kerana kami adalah sebuah parti baharu.


Monday, May 14, 2012

RFS Racun???

Betul atau Tidak?dikatakan satu rangkaian radio percuma di Sarawak iaitu Radio Free Sarawak (RFS) yang menjadi kebanggaan parti pembangkang sebagai medium meraih undi rakyat hanya dilihat sebagai satu alat untuk meracuni pemikiran rakyat setempat..menurut seorang wakil rakyat penyebaran luas radio terbabit khususnya di kawasan rumah-rumah panjang dan kampung perlu dipantau oleh kerajaan..ini kerana kalau tidak di pantau ia mampu meracuni dan merosakkan pemikiran waras pendengar untuk membenci kerajaan..

Pada masa yang sama juga radio tersebut yang menggunakan bahasa Iban sebagai pengantara secara terang-terangan cuba meraih undi masyarakat Iban khususnya di kawasan pinggir dan luar bandar..

Jadi kalau betul apa yang dikatakan oleh wakil rakyat tersebut..pihak berkuasa harus memainkan peranan dengan bijaksana untuk menyiasat dakwaan tersebut...

Airport Baru Di Lawas???

Bila agaknya lapangan kapal terbang yang baru akan diwujudkan di Lawas bagi menggantikan lapangan terbang yang lama dan naif?

Bagi penduduk asal lawas, saya merasakan sudah tibanya kerajaan menyediakan kemudahan tersebut bagi memudahkan perjalanan dan kesenangan..walaupun sudah ada lapangan terbang namun tidak cukup dan berbahaya juga katakan..lapangan terbang sedia ada hanya mampu menampung pen­daratan pesawat kecil seperti Twin-Otter menyebabkan perhubungan udara yang terhad.

Selain itu juga, lapangan sedia ada juga berdekatan dengan sungai Lawas yang mana kalau dikatakan banjir jadinya lapangan tersebut juga kelihatan seperti sungai kerana air sungai akan memasuki kawasan tersebut..jadi cadangan Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan untuk membina lapangan kapal terbang baru amat dinanti-nantikan..

Senarai Calon Sudah Dihantar??

Dikhabarkan Pengerusi Ba­risan Nasional (BN) Negeri Sarawak sudah mengesahkan bahawa senarai nama calon BN Sarawak sudah dihantar kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Ra­zak.

Bagaimanapun katanya, terpulanglah kepada Perdana Menteri yang juga Pengerusi BN Pusat untuk memper­timbangkan senarai calon BN Sarawak yang bakal bertand­ing pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) nanti.

Difahamkan juga terdapat muka baharu dan muka lama (penyandang) disenaraikan untuk PRU13 nanti.
Beliau yang juga presiden PBB memberitahu bahawa terdapat seorang atau dua muka baharu calon BN terba­bit daripada PBB.

Jadi apa yang pasti senarai nama-nama calon tersebut nanti tidak semestinya layak untuk dijadikan calon pada PRU nanti ini kerana mereka ini akan dikaji dan diperhati bagi memastikan mereka ini mmg layak jadi wakil rakyat..kalau ada pun yang x layak jangan buat onar ok..sama-sama kita menjaga keharmonian dan kestabilan negara...

....Lepas ni jangan ada cantas mencantas..tp bolehkah cantas mencantas ini dihentikan???..

Friday, May 11, 2012

Nama Calon Ada Di Tangan PM???

Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sarawak Pehin Sri Abdul Taib Mahmud difahamkan telah mengemukakan senarai nama bakal calon empat parti komponen BN di Sarawak kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Setiausaha BN Sarawak, Datuk Dr Stephen Rundi Utom percaya senarai terbabit diserahkan kepada Najib ketika lawatan Perdana Menteri ke negeri ini, baru-baru ini.

Sepanjang lawatan mulai 26 hingga 28 April itu, Najib turut meluangkan masa menghadiri majlis makan malam di kediaman Taib pada 27 April.

Dr Rundi berkata, Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) sudah pasti akan mengetengahkan beberapa muka baharu seperti yang dinyatakan oleh Taib sebelum ini.

PBB diperuntukkan 14 kerusi daripada 31 kerusi Parlimen, Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) diperuntukkan tujuh kerusi, Parti Rakyat Sarawak (PRS) mempunyai enam kerusi dan Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP) dengan empat kerusi.

Bagi SUPP, apa yang hampir pasti ialah mereka akan mengetengahkan muka baharu di Bandar Kuching, Stampin, Sibu dan Miri.


Resah Dengan Bunyi Bising Kilang

Lebih daripada 400 penduduk Kampung Sandong, Jalan Stephen Yong di sini terpaksa berdepan dengan masalah bunyi bising, habuk dan bau minyak tar dari dua buah kilang berdekatan sejak lebih lima tahun lepas.

Pembukaan kilang premix dan kilang bancuh simen berdekatan dengan jalan utama kampung berkenaan ternyata menimbulkan banyak masalah kepada penduduk, selain tiga masalah ketara itu.

Ketua Kampungnya Pawi Yuni berkata, bantahan terhadap pembinaan kilang premix itu telah dikemukakan pada tahun 2007 kepada pihak berkaitan, namun ia tidak membuahkan hasil.

Katanya, ekoran pembukaan kilang tersebut, penduduk bukan sahaja berdepan dengan bunyi bising, habuk dan bau minyak, malah keadaan jalan menjadi rosak serta parit tidak diselenggara dengan sempurna.

“Apa yang paling membimbangkan kami ialah keadaan di mana simen yang telah dibancuh tertumpah ke atas jalan raya dan tidak dibersihkan oleh pihak kilang.


Thursday, May 10, 2012

Diminta Bagi Bukti Dalam Perdamaian...

Presiden Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Datuk Seri Peter Chin mahu kumpulan bekas Setia-usaha Agung SUPP Dato Sri Wong Soon Koh membukti-kan mereka sedia berdamai dalam menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) tidak lama lagi, dengan bukan sekadar berkata-kata.

Katanya, beliau bersetuju dengan kenyataan Wong dalam akhbar semalam bahawa parti ‘perlu mengetepikan sebarang krisis atau ketidakpuasan hati sekurang-kurangnya selepas PRU’.

“Malah saya berani menambah kata bahawa kita harus bertindak dan melakukan usaha sebagai SUPP yang bersatu untuk menghadapi pilihan raya akan datang,” katanya kepada Utusan Borneo menerusi sistem pesanan ringkas (SMS) semalam.

Chin yang juga Ahli Parlimen Miri memberitahu, perpaduan dalam SUPP amat penting khasnya apabila ingin mempertahankan kerusi yang diperuntukkan kepada parti.


Wednesday, May 9, 2012

Anwar Tidak Dibenarkan Masuk Sarawak


Sepuluh cawangan Pergerakan Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) di zon tengah negeri ini mengadakan protes secara aman di sini kelmarin bagi membantah kehadiran Penasihat Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim di sini.

Turut bersama kira-kira 150 ahli Pergerakan Pemuda PBB Zon Tengah meng-adakan protes secara aman itu ialah ahli-ahli Biro Ekonomi Pemuda PBB Negeri dan berpuluh-puluh orang ahli PEKIDA Sibu, Unit Media Baru dan Persatuan Seni Silat Nafas Alam (NAFAS) Wilayah Sibu.

Mereka turut membawa poster yang antaranya ditulis dengan kata-kata berbunyi ‘Anwar Kuda DAP’, ‘Pengkhianat Orang Melayu’, ‘Raja Pembelit, Pembohong & Pengkhianat’ dan ‘Penipu’.

Ketua Pemuda PBB Cawangan Tamin yang bertindak sebagai jurucakap mengadakan protes itu semalam, Michael Mew berkata, 10 Cawangan Pemuda PBB itu ialah Cawangan Bukit Assek, Dudong, Pelawan, Nangka, Bawang Assan, Machan, Meluan, Tamin, Semop, Ngemah dan Meradong.

“Protes secara aman yang kami adakan hari ini (semalam) adalah bagi mencadangkan kepada pihak berkuasa berkaitan supaya menghalang Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada datang melawat Sarawak lagi khasnya ke sini pada masa akan datang..


Jangan Jadikan Elaun Isu

Ketua kaum dan ketua masyarakat di sini tidak harus menjadikan kenaikan elaun yang tertangguh sejak sekian lama sebagai satu isu, lebih-lebih lagi menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

Penghulu James Semilan Guang berkata, sekiranya isu tersebut terus dibangkitkan oleh ketua kaum dan juga ketua masyarakat, ia akan digunakan oleh pembangkang sebagai modal mereka pada pilihan raya nanti.

“Apabila isu terus dibangkitkan, kita bimbang ada ketua kaum dan ketua masyarakat nanti akan digunakan oleh pihak pembangkang bagi mencapai agenda politik mereka.

James yang merupakan penghulu bagi kawasan Bawang Assan, berkata demikian ketika diminta memberi pandangan berhubung kenyataan ketua masyarakat di Kuching, yang disiarkan akhbar ini kelmarin.

Dalam kenyataan tersebut, seorang ketua kampung yang enggan identitinya didedahkan melahirkan rasa kecewa terhadap kenaikan elaun terbabit yang telah tertangguh sejak setahun setengah.

Kenaikan elaun pemimpin masyarakat ini dibentangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam Belanjawaan 2011, iaitu kenaikan daripada RM450 kepada RM800 sebulan.




Entri Masih Wakil Rakyat BN

Pemimpin komuniti Iban di Tinjar, Penghulu Nyadang Renkang dari Sungai Sebulu memberitahu bahawa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Marudi Datuk Sylvester Entri Muran masih dalam Barisan Nasional (BN) dan menjalankan khidmat sebagai wakil rakyat.

“Jangan dengan khabar angin yang disebarkan oleh pengkritik kerana beliau (Entri) mempunyai kapasiti untuk membawa pembangunan sebagai seorang wakil rakyat BN.

“Justeru, rakyat di Marudi tidak perlu ragu-ragu untuk meminta projek pembangunan daripada beliau,” katanya kepada Utusan Borneo semalam.

Rugi Sokong Pembangkang

Sokongan rakyat kepada pembangkang pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang mampu melenyapkan beberapa hak istimewa mereka termasuk bantuan kerajaan.

Ahli Parlimen Sibuti Ahmad Lai Bujang berkata rakyat yang memberi kepercayaan kepada pembangkang pada pilihan raya lalu kemungkinan sudah merasai keperitan mendapatkan bantuan.

“Pembangkang tidak mempunyai peruntukan kekal seperti kerajaan Barisan Nasional (BN) dan atas alasan itu, mereka tidak mampu menunaikan janji kepada rakyat,” katanya ketika ditemui semalam.

Sebagai contoh katanya, pembangkang tidak dapat menyediakan geran projek kecil luar bandar (MRP) untuk pertubuhan atau kampung-kampung untuk menjalankan aktiviti.

“Jika sebelum ini mereka dapat menjalankan pelbagai aktiviti melalui geran MRP, namun sebaik sahaja mereka memilih pembangkang, hak keistimewaan itu turut terhapus,” ujarnya.

Menurutnya, pertubuhan atau persatuan yang sebelum ini turut aktif menjalankan aktiviti disebabkan adanya peruntukan, namun keadaan itu berubah serta-merta sebaik menyokong pembangkang.


Majlis Guru Besar Perlu Bergiat Dengan Kerajaan

Majlis Guru Besar di seluruh negeri perlu meng-giatkan hubungan strategik dengan agensi-agensi kerajaan untuk meningkatkan akses dan kualiti pendidikan.

Menteri Kebajikan, Wanita dan Pembangunan Keluarga Datuk Fatimah Abdullah berkata, hubungan strategik antara kedua-dua pihak mampu meningkatkan minat pelajar terhadap pelajaran.

Menurutnya, pelajar sekarang tidak lagi dapat dididik dengan teknik lama, sebaliknya mereka lebih berminat kepada sistem pembelajaran yang menyeronokkan.

Mengulas lanjut mengenai hubungan strategik bersama agensi-agensi kerajaan, Fatimah berkata, hubungan itu perlu diteruskan dalam pelbagai bidang agar dapat meningkatkan kepakaran guru.

“Hubungan strategik bukan hanya terhad kepada bidang seni semata-mata, sebaliknya boleh diperluaskan dalam bidang lain seperti sukan.


Lupakan Seketika Sengketa

Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) perlu melupakan krisis dalaman parti sekurang-kurangnya sehingga Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) akan datang.

Menteri Kewangan Kedua, Dato Sri Wong Soon Koh memberitahu, sebarang ketidak-puasan hati atau perbezaan pendapat dalam parti harus diketepikan terlebih dahulu dan parti perlu bersatu padu memfokuskan kemenangan 100 peratus pada PRU13.

“Sekiranya ingin bertelingkah, bertelingkahlah selepas pilihan raya… tetapi buat masa sekarang, kita mesti me-numpukan perhatian sepenuhnya terhadap persiapan PRU, seperti yang Ketua Menteri kita nasihatkan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas seruan Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud yang juga Pengerusi Barisan Nasional Sarawak yang mahu semua parti bersatu padu dan mencontohi kestabilan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB).


Tuesday, May 8, 2012

Boleh Ker PR Menang 10 Kerusi Di Sarawak?

Pakatan Rakyat (PR) berhasrat untuk memenangi 10 kerusi di Sarawak pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) bagi membolehkan parti itu menang majoriti untuk membentuk kerajaan persekutuan pembangkang baharu di negara ini.

Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, daripada jumlah itu enam hingga lima kerusi diagihkan untuk kawasan bandar manakala empat kerusi bagi kawasan luar bandar termasuk kerusi Limbang.

Menurutnya, bagi memastikan kemenangan tersebut jentera pilihan raya melibat-kan PR sudah melakukan persiapan rapi untuk menghadapi PRU13 yang semakin dekat.

Beliau berkata, PR juga sudah mempunyai manifesto, program pilihan raya, buku jingga, agenda dan manifestasi satu suara melibatkan semua parti komponen di bawah PR.

“Kami akan bertanding di semua kerusi termasuk di Sabah dan Sarawak untuk mendapatkan majoriti bagi membentuk kerajaan persekutuan pembangkang baharu bagi menawan Putrajaya pada PRU13 ini kelak,” katanya ketika ditemui pemberita di sini petang kelmarin.


Penyandang kerusi Parlimen Sibuti Ahmad Lai Bujang menyifatkan kerajaan Barisan Nasional (BN) telah berjaya menyelesaikan semua isu melibatkan kebajikan rakyat khususnya di luar bandar.

Beliau berkata, kontituensi Sibuti sendiri tidak mempunyai sebarang isu besar yang berbangkit kerana sebahagian besarnya yang cuba dibangkitkan sesetengah pihak, telah diselesaikan.

“Jika bercakap mengenai subsidi minyak, kerajaan masih menyediakan bantuan itu.

“Jika isu sekolah pula, kerajaan ada peruntukan membaik pulih sekolah manakala nelayan masih mendapat bantuan RM200 sebulan,” katanya.

Menurutnya, kawasan Sibuti bebas daripada isu-isu yang boleh menimbulkan ketidakpuasan hati rakyat dan jika adapun isu, ia adalah isu lapuk dan telah diselesaikan kerajaan.

“Saya yakin bahawa kawasan Sibuti adalah bersih dan berpotensi besar untuk dikekalkan sebagai kubu kuat Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kelak,” jelasnya.

Menurutnya, selagi kerajaan BN kekal memerintah, rakyat akan terus menikmati kemajuan dan kebajikan mereka akan terus dijaga rapi.



SWP Guna Lambang Sendiri

Parti Pekerja Sarawak (SWP) akan bertanding pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang menggunakan lambangnya sendiri jika permohonannya diluluskan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

SWP telah mendaftar dengan Jabatan Pendaftar Pertubuhan bulan lepas.

Menurut Pengarah SPR Negeri Datu Takun Sunggah, penggunaan lambang seperti dipohon SWP akan diluluskan jika ia memenuhi semua syarat ditetapkan suruhanjaya itu.

Timbalan Presiden Protem SWP George Lagong, parti itu kini sedang merekrut ahli dan respons daripada pengundi bandar dan luar bandar amat menggalakkan.

“Sebaik kami berkeyakinan mempunyai ahli yang kuat, kami akan melancarkannya,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelagus itu berkata beliau tidak dapat mengulas sama ada Datuk Sng Chee Hua merupakan ahli SWP atau sebaliknya.

Beliau berkata lambang parti itu berupa topi keledar dan berjabat tangan sebagai mengiktiraf kepentingan pekerja dan rakyat secara keseluruhannya.


G5 Selar Tiong

Penyokong kuat Kelab BN dan Kumpulan 5 G5 di Marudi menyelar tuduhan Datuk Seri Tiong King Sing terhadap mereka yang disifatkan sebagai satu pembohongan dan fitnah.

Mereka menganggap timbalan presiden Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP) itu tidak mendapat maklumat yang betul tentang perkara sebenar khasnya melibatkan aktiviti-aktiviti G5 dan Kelab BN.

Pada hari Sabtu lalu, Tiong dalam ucapannya ketika menemui penduduk di Rumah Margan Bakong, menuduh bekas Setiausaha Kehormat dan ADUN Marudi Datuk Sylvester Entri Muran dan ahli G5 sebagai kumpulan yang mensabotaj dan menentang BN.

Penyokong Entri dikatakan enggan menghadiri majlis anjuran BN atau SPDP di Baram sebagai tanda protes dan rasa tidak berpuas hati mereka terhadap `pembuangan’ G5 daripada SPDP.

Bekas Pengerusi SPDP Cawangan Beluru Tuai Rumah Steward Kayong dan Tuai Rumah Salim Abong dari Sungai Selulit, Bok di Tinjar menyelar tuduhan Tiong terhadap Entri dan G5.

“Tiong tidak mendapat maklumat yang betul tentang kehadiran mereka pada majlis BN.


Fikirkan Cara Kukuhkan BN

Barisan pemimpin Barisan Nasional (BN) Negeri diingatkan supaya memikirkan bagaimana untuk memperkuatkan BN agar tidak terjejas pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

Peringatan ini dinyatakan sendiri oleh Pengerusinya Pehin Sri Abdul Taib Mahmud ketika berucap di hadapan lebih 4,000 penduduk pada Program Berambeh di padang Majlis Daerah Dalat di sini semalam.

Menurut beliau barisan pemimpin BN tidak boleh lagi berfikir pada skop yang kecil sebaliknya ia harus diubah ke arah perjuangan yang lebih besar untuk memungkinkan kita menjadi sebuah negara yang teknikal.

“Dalam Parti Pesaka Bumiputera Bersatu Sarawak (PBB) tiada berlakunya hal perebutan atau berlawan antara satu sama lain.

“Ini semua didorong oleh kepimpinan PBB yang merancang dengan baik apa jua perkara membabitkan parti dan ahli-ahlinya.

“Sebab itu kita dapat melihat dalam PBB ada muka lama dan baru setiap kali menjelang pilihan raya dengan harapan ia akan memperkukuhkan lagi perjuangan kita,” katanya.


Beware Dengan Free Radio Sarawak...

Rakyat di kontituensi Sibuti diingatkan tidak membiarkan diri mereka menjadi mangsa hasutan pembangkang menerusi penyebaran luas siaran Radio Free Sarawak.

Ahli Parlimen Sibuti Ahmad Lai Bujang berkata pembangkang akan menjadikan radio itu sebagai senjata untuk merosakkan pemikiran rakyat menjelang pilihan raya.

“Kerajaan tidak perlu berbuat sedemikian hanya ingin meraih sokongan rakyat sebaliknya ia hanya satu strategi pembangkang untuk menghasut rakyat supaya berpihak kepada mereka,” katanya ketika ditemui semalam.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...