Wednesday, May 9, 2012

Jangan Jadikan Elaun Isu

Ketua kaum dan ketua masyarakat di sini tidak harus menjadikan kenaikan elaun yang tertangguh sejak sekian lama sebagai satu isu, lebih-lebih lagi menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

Penghulu James Semilan Guang berkata, sekiranya isu tersebut terus dibangkitkan oleh ketua kaum dan juga ketua masyarakat, ia akan digunakan oleh pembangkang sebagai modal mereka pada pilihan raya nanti.

“Apabila isu terus dibangkitkan, kita bimbang ada ketua kaum dan ketua masyarakat nanti akan digunakan oleh pihak pembangkang bagi mencapai agenda politik mereka.

James yang merupakan penghulu bagi kawasan Bawang Assan, berkata demikian ketika diminta memberi pandangan berhubung kenyataan ketua masyarakat di Kuching, yang disiarkan akhbar ini kelmarin.

Dalam kenyataan tersebut, seorang ketua kampung yang enggan identitinya didedahkan melahirkan rasa kecewa terhadap kenaikan elaun terbabit yang telah tertangguh sejak setahun setengah.

Kenaikan elaun pemimpin masyarakat ini dibentangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam Belanjawaan 2011, iaitu kenaikan daripada RM450 kepada RM800 sebulan.




No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...