Wednesday, May 9, 2012

Lupakan Seketika Sengketa

Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) perlu melupakan krisis dalaman parti sekurang-kurangnya sehingga Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) akan datang.

Menteri Kewangan Kedua, Dato Sri Wong Soon Koh memberitahu, sebarang ketidak-puasan hati atau perbezaan pendapat dalam parti harus diketepikan terlebih dahulu dan parti perlu bersatu padu memfokuskan kemenangan 100 peratus pada PRU13.

“Sekiranya ingin bertelingkah, bertelingkahlah selepas pilihan raya… tetapi buat masa sekarang, kita mesti me-numpukan perhatian sepenuhnya terhadap persiapan PRU, seperti yang Ketua Menteri kita nasihatkan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas seruan Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud yang juga Pengerusi Barisan Nasional Sarawak yang mahu semua parti bersatu padu dan mencontohi kestabilan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB).


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...