Friday, April 13, 2012

Usaha Sabotaj Salang Didedah???

Betul ker ada cubaan nak menjatuhkan penyandang Ahli Parlimen Julau, Datuk Joseph Salang Gandum pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang???.

Menurut Presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS) Tan Sri James Masing, cubaan tersebut dilakukan oleh orang-orang BN sendiri..Masing, yang juga Menteri Kanan dan Menteri Kemajuan Tanah menjelaskan situasi di Julau sangat ‘tidak sihat’ kerana baginya ia bukan sahaja politik yang tidak bijak tetapi kotor.

Wah!!nampaknya ini la trend politik kita sekarang, bukan saja perkara ni berlaku di Malaya tetapi di Sarawak pun ada..inilah berlakunya bila mana ada orang cuba mengambil kesempatan di air yang keruh..harap pihak tertentu tersebut harus diambil tindakan sewajarnya, bukan saja merosakkan nama baik BN namun pemikiran rakyat yang sentiasa terbuka akan di eksploitasikan...bahaya ni..

p/s mesti tak puas hati bila tidak dapat 'projek'..mana tahu kan?

Mansuh Nombor Ramalan????

Seorang Ahli Parlimen Sarawak menggesa kerajaan memansuhkan cabutan khas atau ‘Special draw’ nombor ramalan kerana ia membebankan rakyat menerusi pembayaran cukai pendapatan sebanyak 10 peratus.

Beliau menggesa cabutan khas nombor ramalan harus dimansuhkan kerana ia jelas membebankan rakyat menerusi pembayaran cukai atau kerajaan mengurangkan kadar cukai pendapatan dikenakan ke atas cabutan khas dan turut mencadangkan agar kadar pulangan kepada pemain nombor taruhan yang berjaya dinaikkan kepada 90 peratus berbanding hanya 64 peratus ketika ini.

Beliau menjelaskan kadar pulangan sekarang iaitu 64 peratus memberi keuntungan yang besar kepada syarikat-syarikat induk nombor ramalan iaitu sebanyak 36 peratus daripada jumlah wang taruhan dikumpul.

Oleh itu beliau menggesa agar kerajaan mengkaji semula peraturan-peraturan dikenakan ke atas syarikat-syarikat 4D dengan itu kadar pulangan dapat ditambah sekurang-kurangnya kepada 90 peratus..

Aiks..kata minta mansuh lepas tu minta kaji semula pula peraturan-peraturan main nombor ekor ni..kan lebih bagus tutup jer terus..tapi kalau fikir realistik main nombor ramalam ni boleh menjana lebih banyak keuntungan kan??di katakan salah satu kegiatan yang memberi keuntungan negara dari segi cukainya??betul ker??

Pandangan LawasBoy dalam kegiatan nombor ramalan ini kabur...hahaha...

Patut Ker Bantuan Hanya Kepada Penyokong BN...???.

Seorang menteri muda di kabinet Sarawak berkata kerajaan hanya akan memberi keutamaan kepada rakyat yang menyokong Barisan Nasional (BN) dalam agihan peruntukan dan projek-projek pembangunan dan pendirian itu bukan perangkap untuk rakyat menyokong BN tetapi ia adalah kenyataan dalam politik pembangunan negeri..beliau juga berkata kerajaan tidak menghalang rakyat untuk menyokong mana-mana pihak yang mereka suka, tetapi kenyataannya peruntukan adalah terhad dan ia amat diperlukan oleh mereka yang menyokong BN.

Selain itu juga beliau berpendapat jika tidak mahu BN… dan ia hanya adil bahawa apa jua yang Barisan (Nasional) berikan kepada anda diberikan kepada mereka yang menyokong Barisan (Nasional)..

Hahahaha..macam satu ugutan saja..apalah punya wakil rakyat mempunyai pemikiran sebegini..kena ingat juga bahawa pengundi tak mengundi kerajaan sebab ada kepincangan dalam pemilihan calon yang hanya cakap tak serupa bikin..macam kata kawan-kawan saya di Lawas,'siuk sendiri saja'..

Bagi saya sebagai pemerintah kita kena juga membantu mereka untuk menarik kembali kepercayaan mereka terhadap kerajaan dan di minta agar wakil rakyat yang terpilih dari kerajaan seharusnya bekerja lebih keras tanpa memilih bulu..biar kerja kita ikhlas membantu, itu yang lebih penting..sebab kita rakyat yang membantu dalam menjanakan ekonomi dari segi cukai..

P/s siapa cakap rakyat tak setuju dengan kerajaan..semua setuju cuma sikap kepimpinan sahaja yang membuat rakyat mual dengan sikap dan kerenah wakil rakyat yang sudah tidak dapat membantu rakyat setelah sekian lama diberi mandat..fikir-fikirkan la...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...