Friday, April 13, 2012

Mansuh Nombor Ramalan????

Seorang Ahli Parlimen Sarawak menggesa kerajaan memansuhkan cabutan khas atau ‘Special draw’ nombor ramalan kerana ia membebankan rakyat menerusi pembayaran cukai pendapatan sebanyak 10 peratus.

Beliau menggesa cabutan khas nombor ramalan harus dimansuhkan kerana ia jelas membebankan rakyat menerusi pembayaran cukai atau kerajaan mengurangkan kadar cukai pendapatan dikenakan ke atas cabutan khas dan turut mencadangkan agar kadar pulangan kepada pemain nombor taruhan yang berjaya dinaikkan kepada 90 peratus berbanding hanya 64 peratus ketika ini.

Beliau menjelaskan kadar pulangan sekarang iaitu 64 peratus memberi keuntungan yang besar kepada syarikat-syarikat induk nombor ramalan iaitu sebanyak 36 peratus daripada jumlah wang taruhan dikumpul.

Oleh itu beliau menggesa agar kerajaan mengkaji semula peraturan-peraturan dikenakan ke atas syarikat-syarikat 4D dengan itu kadar pulangan dapat ditambah sekurang-kurangnya kepada 90 peratus..

Aiks..kata minta mansuh lepas tu minta kaji semula pula peraturan-peraturan main nombor ekor ni..kan lebih bagus tutup jer terus..tapi kalau fikir realistik main nombor ramalam ni boleh menjana lebih banyak keuntungan kan??di katakan salah satu kegiatan yang memberi keuntungan negara dari segi cukainya??betul ker??

Pandangan LawasBoy dalam kegiatan nombor ramalan ini kabur...hahaha...

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...