Thursday, March 8, 2012

Pembangkang Guna ‘Kanta Pembesar’ Cari Salah BN

Pihak pembangkang mula menggunakan ‘kanta pembesar’ untuk mencari pelbagai isu yang boleh menimbulkan kebencian rakyat terhadap kerajaan Barisan Nasional (BN).

Menteri Muda Pemodenan Pertanian Datuk Mong Dagang berkata, pihak pembangkang mula bertindak demikian memandangkan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) akan diadakan tidak lama lagi.

Mong mendakwa, sehinggakan rumput yang tumbuh di tengah jalan akan dipersoalkan oleh mereka.

Kerajaan Digesa Perbaiki Struktur Bangunan Klinik Kesihatan Miri

PAS Sarawak menggesa Kementerian Kesihatan Malaysia memperbaiki struktur bangunan Klinik Kesihatan Miri yang didakwa sudah terlalu usang sejak ia dibuka kepada orang ramai pada 1972.

Timbalan Pesuruhjaya PAS Sarawak Jofri Jaraiee berkata, selain struktur bangunannya usang, ruang parkir di klinik berkenaan juga terlalu sempit dan tidak tersusun menyebabkan kesesakan di ruang masuk klinik.

“Kami menggesa kementerian terbabit merangka pelan jangka panjang untuk membina sebuah klinik yang lengkap dengan peralatan moden dan kemudahan bagi memastikan keselesaan kepada pesakit dan kakitangan yang bertugas,” katanya kepada Utusan Borneo.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...