Tuesday, April 10, 2012

Dr M Kesal Dengan Samy Vellu...

Betul ker Tun Dr Mahathir menyimpan dendam terhadap bekas Presiden MIC, Datuk Seri S. Samy Vellu ketika di dalam era pentadbirannya sewaktu menjadi PM????..dalam sebuah akhbar tempatan Tun kesal dengan sikap Samy yang suka menyingkirkan calon yang berpotensi untuk mengemudi parti itu..Ini termasuk presiden IPF..nampaknya masalah dalaman MIC sikit 'terbongkar' dengan kenyataan Tun ini apabila Tun mengulas dakwaan Samy yang mengatakan Tun berdendam dengan beliau dan menjadi punca kekalahannya ketika PRU 2008...

Apa-apa pun ini mungkin kisah lama ketika dalam era pemerintahan Tun namun apa yang pasti sekarang bagaimana cara untuk menyelesaikan dan memulihkan kembali kemelut yang pernah melanda ini..

p/s seharusnya semua bekas-bekas pemimpin ini, memberi nasihat yang berguna dan gunakan masa sekarang ini membantu dalam pelaksanaan dasar-dasar kerajaan yang masih belum mencapai sasaran..sama-sama kita membangunkan negara Malaysia supaya menjadi sebuah negara yang aman dan berjaya...peace yoo!!!!

Sokong Tambah Kerusi DUN dan Parlimen

Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Bung Moktar Radin yang juga Ahli Parlimen Kinabatangan menyokong penambahan kerusi dewan undangan negeri dan parlimen di Sabah bagi memastikan penyaluran peruntukan yang lebih berkesan di sesebuah kawasan..Ini kerana kawasan dewan undangan negeri mahupun kawasan parlimen di negeri ini amat luas untuk seorang wakil rakyat memberi perkhidmatan..

Beliau menjelaskan sekiranya kawasan dewan undangan dan parlimen ditambah sudah tentu perkhidmatan seorang wakil rakyat itu akan lebih mantap dan memberi kesan seimbang dalam menyediakan kemudahan untuk rakyat di kawasan itu.

Bung Moktar memberi contoh di mana parlimen yang diwakilnya hari ini mempunyai keluasan sama seperti negeri Pahang.

“Kita lihat sahaja negeri Pahang yang memiliki 14 kawasan parlimen dan 44 kawasan dewan undangan negeri sedangkan parlimen Kinabatangan hanya mempunyai seorang ahli parlimen dan dua orang ahli dewan undangan negeri,” katanya.

PRU13 Pada Jun?

Kenyataan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof semalam, di Kuching, Sarawak tentang persiapan suruhanjaya itu menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) mencetuskan spekulasi di kalangan petugas media di sini bahawa ia mungkin diadakan Jun nanti.

Apabila beliau berkata SPR akan memuktamadkan persiapannya bagi PRU itu pada Jun, beliau terus dihujani soalan oleh pemberita sama ada PRU akan diadakan pada bulan itu.

Selain itu juga Abdul Aziz berkata, mungkin beberapa isyarat akan diberi kepada beliau sebelum PRU diadakan, tetapi setakat ini beliau belum menerimanya.

Sokongan Terhadap Salang Semakin Meningkat

Sokongan terhadap kepimpinan Datuk Joseph Salang Gandum sebagai Ahli Parlimen Julau semakin meningkat di kalangan tuai-tuai rumah.

Ia sekali gus memadamkan khabar angin kononnya Salang adalah orang luar dan tidak mengambil berat terhadap pembangunan di kawasan Julau.

Ini berikutan, Salang yang juga Timbalan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan telah menerima sokongan daripada Tuai Rumah Michael Jantan ketika berucap dalam satu majlis yang diadakan di Julau.

79.24% Projek Di Sarawak Telah Siap

Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Dato Sri Douglas Uggah berkata, sehingga 3 April lepas, 79.24 peratus projek di Sarawak telah siap, 13.74 peratus sedang dalam pembinaan dan 7.02 peratus lagi belum bermula.

Kesemua projek berkenaan telah diluluskan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin semasa kunjungan ke Sarawak sebelum ini.

“Projek yang belum bermula seperti Jambatan Batang Sadong bernilai RM200 juta sekarang berada dalam proses tender dan penilaian.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...