Tuesday, April 10, 2012

Sokong Tambah Kerusi DUN dan Parlimen

Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Bung Moktar Radin yang juga Ahli Parlimen Kinabatangan menyokong penambahan kerusi dewan undangan negeri dan parlimen di Sabah bagi memastikan penyaluran peruntukan yang lebih berkesan di sesebuah kawasan..Ini kerana kawasan dewan undangan negeri mahupun kawasan parlimen di negeri ini amat luas untuk seorang wakil rakyat memberi perkhidmatan..

Beliau menjelaskan sekiranya kawasan dewan undangan dan parlimen ditambah sudah tentu perkhidmatan seorang wakil rakyat itu akan lebih mantap dan memberi kesan seimbang dalam menyediakan kemudahan untuk rakyat di kawasan itu.

Bung Moktar memberi contoh di mana parlimen yang diwakilnya hari ini mempunyai keluasan sama seperti negeri Pahang.

“Kita lihat sahaja negeri Pahang yang memiliki 14 kawasan parlimen dan 44 kawasan dewan undangan negeri sedangkan parlimen Kinabatangan hanya mempunyai seorang ahli parlimen dan dua orang ahli dewan undangan negeri,” katanya.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...