Tuesday, April 10, 2012

Sokongan Terhadap Salang Semakin Meningkat

Sokongan terhadap kepimpinan Datuk Joseph Salang Gandum sebagai Ahli Parlimen Julau semakin meningkat di kalangan tuai-tuai rumah.

Ia sekali gus memadamkan khabar angin kononnya Salang adalah orang luar dan tidak mengambil berat terhadap pembangunan di kawasan Julau.

Ini berikutan, Salang yang juga Timbalan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan telah menerima sokongan daripada Tuai Rumah Michael Jantan ketika berucap dalam satu majlis yang diadakan di Julau.

Menurut Michael, beliau dan anak buahnya akan terus melahirkan sokongan padu sekirannya Salang dipilih sebagai calon Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

Sementara itu, Salang dalam reaksinya terhadap sokongan yang disuarakan terhadap beliau berkata, beliau berharap sokongan yang sama dapat ditunjukkan kepada BN.

“Dicalonkan semula atau tidak, ia terpulang kepada pucuk pimpinan parti dan pemimpin tertinggi BN.

“Kalau tidak dicalonkan pun, saya akan pastikan rakyat di kawasan Julau memberi sokongan padu kepada BN,” ujar beliau.

Menurut beliau, hanya kerajaan pimpinan BN yang arif dengan keperluan dan kebajikan rakyat di kawasan pedalaman khasnya.

Mengulas mengenai keinginan bekas Ahli Parlimen Julau Datuk Sng Chee Hua bertanding di kerusi Parlimen Julau, Salang menjelaskan ia terpulang kepada beliau (Sng) kerana Malaysia sebuah negara demokrasi.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...