Friday, November 2, 2012

Gaji Kakitangan Awam Akan Disemak

Penjawat Awam Bakal Terima Kenaikan Gaji Sebanyak 5 Peratus Tahun Depan | salam sejahtera semua... Awal-awal pagi nie memang seronok bila dapat baca berita tentang kenaikan gaji bagi penjawat awam. Mungkin ramai penjawat-penjawat awam di luar sana yang berasa seronok bila mendengar perkabharan ini.

Menurut akhbar yang saya baca pagi semalam, kira-kira 1.4 juta kakitangan perkhidmatan awam dijangka menerima kenaikan gaji tahunan sehingga lima peratus (5%) mulai tahun depan. 

Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Dr Ali Hamsa, berkata skim gaji kakitangan yang masih dalam peringkat kajian itu bakal merentasi semua peringkat. 

Proses penilaian semula skim itu sudah bermula, namun penelitian secara mendalam hanya akan dilakukan tahun depan. Antara fokus utama dalam kajian itu adalah melihat semula skim kenaikan gaji tahunan bagi kakitangan yang sudah mencapai tahap gaji terakhir mengikut kategori masing-masing.

"Kita akan melihat semula perkara itu termasuk mungkin akan menetapkan tempoh yang lebih panjang supaya gaji kakitangan akan terus naik. Jika mereka mencapai tempoh untuk kenaikan pangkat, ia akan lompat kepada gred lain dan kenaikannya juga akan diteruskan lagi," kata Ali Hamsa

PKR Baram Usul Semula Roland Jadi Calon

Parti Keadilan Rakyat (PKR) Cabang Baram, mengusulkan buat kali kedua pada mesyuarat tahunan peringkat cabangnya supaya Timbalan Ketua Cabang Roland Engan, sebagai calon mereka di kerusi Parlimen P.220 Baram.

Pengerusi PKR Cabang Baram Harrison Ngau memberitahu bahawa usul tersebut telah diterima sebulat suara dan dipersetujui di peringkat akar umbi parti dan akan dikemukakan ke peringkat negeri dan pusat parti itu. 

Usul mencadangkan semula nama Roland Engan itu adalah salah satu daripada empat usul utama yang diketengahkan oleh PKR Cabang Baram pada mesyuarat mereka yang diadakan di sini. 

Selain itu tiga lagi usul utama yang dikemukakan dan dipersetujui sebulat suara pada mesyuarat agung tahunan cabang tersebut ialah isu ketiadaan dokumen pengenalan diri, Empangan Baram dan tambang penerbangan Miri-Mulu.

Mengenai isu ketiadaan dokumen pengenalan diri, PKR Cabang Baram meminta kerajaan negeri dan pusat menangani segera perkara tersebut yang banyak membabitkan suku kaum Penan dan suku kaum lain yang bermastautin sejak turun-temurun di Baram.

SUPP Singkir Dua Ahli

Selamat Pagi dan Salam Satu malaysia..pagi ini saya mulakan dalam ruangan blog saya mengenai penyingkiran dua ahli politik dalam parti salah satu parti terkuat dalam komponen BN Sarawak iaitu SUPP(Parti Rakyat Bersatu Sarawak)..
Kedua-dua ahli tersebut di pecat serta-merta atas kesalahan disiplin, manakala seorang lagi ahli parti tersebut yang juga merupakan ADUN akan mengetahui nasibnya selewat-lewatnya ujung bulan ini atas kesalahan yang sama.. 

Difahamkan jawatankuasa disi­plin parti tersebut membuat keputusan tersebut kerana salah seorang daripada yang disingkirkan itu tidak mema­tuhi amaran parti agar tidak melobi calon untuk Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) akan datang..Tindakan itu dikatakan menentang calon-calon yang telah dicadang­kan oleh kepimpinan pusat dan menyebabkan keke­liruan dalam kalangan ahli dan orang ramai tentang orang atau pihak yang ber­tanggungjawab memilih calon untuk bertanding di tujuh kerusi diperuntukkan kepada SUPP.

Manakala seorang lagi didapati melanggar arahan Setiausaha Agung parti agar memben­tuk jawatankuasa baharu bagi SUPP Cawangan Bin­tangor.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...