Friday, November 2, 2012

PKR Baram Usul Semula Roland Jadi Calon

Parti Keadilan Rakyat (PKR) Cabang Baram, mengusulkan buat kali kedua pada mesyuarat tahunan peringkat cabangnya supaya Timbalan Ketua Cabang Roland Engan, sebagai calon mereka di kerusi Parlimen P.220 Baram.

Pengerusi PKR Cabang Baram Harrison Ngau memberitahu bahawa usul tersebut telah diterima sebulat suara dan dipersetujui di peringkat akar umbi parti dan akan dikemukakan ke peringkat negeri dan pusat parti itu. 

Usul mencadangkan semula nama Roland Engan itu adalah salah satu daripada empat usul utama yang diketengahkan oleh PKR Cabang Baram pada mesyuarat mereka yang diadakan di sini. 

Selain itu tiga lagi usul utama yang dikemukakan dan dipersetujui sebulat suara pada mesyuarat agung tahunan cabang tersebut ialah isu ketiadaan dokumen pengenalan diri, Empangan Baram dan tambang penerbangan Miri-Mulu.

Mengenai isu ketiadaan dokumen pengenalan diri, PKR Cabang Baram meminta kerajaan negeri dan pusat menangani segera perkara tersebut yang banyak membabitkan suku kaum Penan dan suku kaum lain yang bermastautin sejak turun-temurun di Baram.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...