Thursday, April 26, 2012

PKR Ajak Pemerhati Luar

The opposition has invited foreigners to observe the upcoming 13th general election.

Parti Keadilan Rakyat (PKR) secretary-general Datuk Saifuddin Nasution said the opposition had every right to invite the foreign observers.

“The opposition leader’s office is inviting international election monitoring observers to the country, who are expected in about two weeks,” said Saifuddin recently.

“The incumbent government could ignore the monitors’ presence or the results of their work, but their reports will carry an important message as to whether the electoral process was fair or not.”

He added that as Malaysia sent two members of parliament to monitor the recent Myanmar elections, the country has shown that it recognises the role of foreign observers during elections.

The foreign observers, he said, would monitor conditions before, during and after the election.


Billy Harus Terima Kenyataan

Ahli Parlimen Huju Rajang Datuk Billy Abit Joo harus menerima dengan hati terbuka kenyataan yang beliau tidak akan dicalonkan semula mempertahankan kerusi itu pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13), kata Ketua Penerangan Parti Rakyat Sarawak (PRS) Wilson Nyabong.

Billy katanya mesti menerima keputusan parti dan oleh itu seharusnya terus melaksanakan tugas untuk mengukuhkan lagi jentera Barisan Nasional (BN) menghadapi PRU13 nanti.

“Beliau (Billy) seharusnya memfokus kepada cara untuk memastikan BN akan menang di Hulu Rajang dalam pilihan raya nanti bukannya pergi ke sana dan sini memberitahu yang beliau masih calon boleh menang.

“Dalam kes ini, saya yakin beliau (Billy) telah dimaklumkan oleh pucuk kepimpinan parti beliau tidak akan dicalonkan semula kerana parti mahu meletakkan muka baharu di Hulu Rajang,” katanya.

Wilson menambah, beliau terpaksa membuat kenyataan kerana Billy dipetik sebagai berkata dalam sebuah akhbar tabloid tempatan berbahasa Inggeris bahawa beliau masih calon boleh menang.


Perhimpunan Bersih Di Luluskan..

Nampaknya perhimpunan Bersih yang ingin dilakukan di Sarawak mendapat kelulusan daripada polis..itu dakwaan Pengerusi Bersih Sarawak Awang Abdillah Awang Nasar semalam, mendedahkan bahawa beliau telah menerima surat kebenaran perhimpunan Bersih daripada polis.

Menurutnya pihak polis tidak mempunyai sebarang halangan berhubung aktiviti tersebut.

Bagaimanapun kata beliau surat itu turut menyatakan bahawa jawatankuasa penganjur dinasihatkan untuk mendapatkan kelulusan bertulis mengenai penggunaan tempat berhimpun daripada beberapa pihak.

Ia termasuk Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU), Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak (SEDC) dan Lembaga Pelancongan Sarawak kerana tempat yang dinyatakan itu adalah di bawah bidang kuasa pihak berkuasa tempatan (PBT).

Perhimpunan Bersih dijadualkan pada 28 April ini di Tebingan Kuching dan Kompleks Pelancongan Sarawak.

Hutan Sarawak Masih OK???

Benar kah hutan Sarawak sekarang ini dalam proses kemusnahan??Ada khabar angin mengatakan hutan di Sarawak akan musnah disebabkan ada pihak yang sengaja mahu menjalankan aktiviti penanaman kelapa sawit untuk kepentingan sendiri..betul ker?

Itu hanya khabar angin dan gambar yang diselitkan ini pun sekadar gambar hiasan..namun kalau pembaca ingin kepastian dan kesahihan kebenarannya datang la ke negeri Sarawak untuk melihat dengan mata sendiri..hehehe...

Ada pula sumber mengatakan ada sekumpulan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) asing mendakwa kerajaan negeri kini telah beralih kearah kemusnahan hutan untuk ladang kelapa sawit namun dakwaan itu telah ditegah oleh seorang pemimpin tertinggi dalam kabinet negeri dan menjelaskan bahawa dakwaan tersebut adalah tidak tepat sama sekali..beliau juga berkata ada pun penanaman kelapa sawit di tanah NCR ia adalah untuk membasmi kemiskinan luar bandar supaya peluang pekerjaan dapat diceburi..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...