Thursday, April 26, 2012

Perhimpunan Bersih Di Luluskan..

Nampaknya perhimpunan Bersih yang ingin dilakukan di Sarawak mendapat kelulusan daripada polis..itu dakwaan Pengerusi Bersih Sarawak Awang Abdillah Awang Nasar semalam, mendedahkan bahawa beliau telah menerima surat kebenaran perhimpunan Bersih daripada polis.

Menurutnya pihak polis tidak mempunyai sebarang halangan berhubung aktiviti tersebut.

Bagaimanapun kata beliau surat itu turut menyatakan bahawa jawatankuasa penganjur dinasihatkan untuk mendapatkan kelulusan bertulis mengenai penggunaan tempat berhimpun daripada beberapa pihak.

Ia termasuk Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU), Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak (SEDC) dan Lembaga Pelancongan Sarawak kerana tempat yang dinyatakan itu adalah di bawah bidang kuasa pihak berkuasa tempatan (PBT).

Perhimpunan Bersih dijadualkan pada 28 April ini di Tebingan Kuching dan Kompleks Pelancongan Sarawak.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...