Thursday, April 26, 2012

Billy Harus Terima Kenyataan

Ahli Parlimen Huju Rajang Datuk Billy Abit Joo harus menerima dengan hati terbuka kenyataan yang beliau tidak akan dicalonkan semula mempertahankan kerusi itu pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13), kata Ketua Penerangan Parti Rakyat Sarawak (PRS) Wilson Nyabong.

Billy katanya mesti menerima keputusan parti dan oleh itu seharusnya terus melaksanakan tugas untuk mengukuhkan lagi jentera Barisan Nasional (BN) menghadapi PRU13 nanti.

“Beliau (Billy) seharusnya memfokus kepada cara untuk memastikan BN akan menang di Hulu Rajang dalam pilihan raya nanti bukannya pergi ke sana dan sini memberitahu yang beliau masih calon boleh menang.

“Dalam kes ini, saya yakin beliau (Billy) telah dimaklumkan oleh pucuk kepimpinan parti beliau tidak akan dicalonkan semula kerana parti mahu meletakkan muka baharu di Hulu Rajang,” katanya.

Wilson menambah, beliau terpaksa membuat kenyataan kerana Billy dipetik sebagai berkata dalam sebuah akhbar tabloid tempatan berbahasa Inggeris bahawa beliau masih calon boleh menang.


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...