Wednesday, May 30, 2012

PRS Vs SWP, Siapa Menang??

Parti Rakyat Sarawak (PRS) diberi jaminan tidak bersendirian dalam menentang Parti Pekerja Sarawak (SWP) yang mengesahkan bakal bertanding di enam kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).

Jaminan itu dinyatakan oleh Setiausaha Agung BN Sarawak Datuk Dr Stephen Rundi Utom semalam berikutan pemilihan bekas ADUN Pelagus Larry Sng sebagai Presiden SWP menerusi mesyuarat agung di Sibu kelmarin.

SWP menurut Larry adalah rakan kepada BN kecuali PRS.

“Prinsip BN tidak ada istilah menjadi rakan BN tetapi menentang satu parti komponen.

“Kami (BN) akan menentang sesiapa yang menentang mana-mana parti komponen,” katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata BN enggan terbabit dengan pihak yang mungkin mempunyai agenda bersifat peribadi.

Parti-parti komponen BN yang lain katanya akan memberi kerjasama sepenuhnya kepada PRS dalam usaha mempertahankan enam kerusi Parlimen terdiri daripada Sri Aman, Lubok Antu, Julau, Kanowit, Selangau dan Hulu Rajang.


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...