Tuesday, May 15, 2012

Kekalkan Penyandang @ Sebaliknya..

Parti Rakyat Sarawak (PRS) mengambil keputusan untuk mengekalkan penyandang kerusi Parlimen Julau Datuk Joseph Salang Gandum untuk mempertahankan Barisan Nasional (BN) di kerusi berkenaan walaupun ada segelintir pihak meminta agar beliau (Salang) digugurkan kerana dilihat sebagai bukan lagi calon boleh menang.

Presidennya Tan Sri James Masing berkata parti itu akan mempertahankan keputusannya walaupun mendapat bantahan dan memastikan Salang kekal dalam barisan calon parti untuk Pilihan Raya Umum (PRU) yang dijangka akan diadakan tidak lama lagi.

“Ada pihak yang mencadangkan kepada kami supaya menggugurkan penyandang kerusi ini (Julau) dan mencalonkan muka baharu tetapi berdasarkan penilaian dan tinjauan kami di peringkat akar umbi, beliau (Salang) adalah calon boleh menang.

“Justeru bagi kami, beliau adalah calon terbaik untuk mempertahankan kerusi ini bagi BN. Ahli lain dalam BN yang berpendapat sebaliknya harus memberi sokongan sepenuhnya kepada calon ini bagi memastikan kemenangan untuk BN,” katanya.


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...