Tuesday, May 15, 2012

SWP Sapu Kerusi PRS??

Parti Pekerja Sarawak (SWP) yakin menang di semua kerusi milik Parti Rakyat Sarawak (PRS) pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) yang akan datang.

Calon SWP bagi kerusi Parlimen Kanowit Ellison Ludan memberitahu, rakyat kini inginkan perubahan dan mahukan parti baharu mentadbir.

“Kalau dilihat pada trend sekarang, rakyat khususnya golongan belia mahu perubahan iaitu menukar pemimpin yang terlalu lama berkhidmat.

“Ini kerana mereka yang terlalu lama menjadi wakil rakyat adalah tidak baik serta boleh menyalahgunakan kuasanya.

“Saya tidak bermaksud memburukkan sesiapa, tetapi perkara ini memang benar. Jika terlalu lama menjadi wakil rakyat atau pemimpin, seseorang itu dapat dilihat akan menyalahgunakan kuasanya.

“Oleh itu, SWP percaya rakyat akan memberi sokongan kepada kami kerana kami adalah sebuah parti baharu.


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...