Wednesday, May 16, 2012

Harian Metro Tidak DiMaafkan

Persatuan Pembangunan dan Pendidikan Masyarakat Penan Sarawak (PADE) tidak puas hati dengan permohonan maaf yang disiarkan Harian Metro semalam kerana ia seolah-olah tidak ikhlas.

Presiden PADE Ezra Uda berkata sepatutnya permohonan maaf itu disiarkan pada muka surat depan dan bukan di halaman 9 yang menunjukkan sikap acuh tak acuh pihak terbabit.

Susulan berita bertajuk ‘Ibuku Isteriku, Bapaku Suamiku’ disiarkan Metro Ahad pada 13 Mei lepas, persatuan berkenaan turut meminta Harian Metro mengemukakan permohonan maaf secara bertulis kepada mereka.

Katanya beliau kesal dengan laporan itu kerana ia akan memberi persepsi negatif masyarakat umum terhadap kaum Penan.

“Oleh yang demikian kami sebagai kaum Penan, pendukung dan penyokong masyarakat Penan amat kecewa dan sakit hati dengan cara pelaporan wartawan Harian Metro yang tidak beretika dan tidak bertamadun,” katanya menerusi kenyataan media semalam.

Ezra berkata lagi kenyataan itu juga hendaklah disiarkan di surat khabar utama berbahasa Malaysia.


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...