Wednesday, August 1, 2012

Lampu Isyarat Tak Ada, PAS Miri Bising??

PAS Miri menggesa pihak berkuasa tempatan (PBT) mempertimbangkan untuk membina lampu isyarat di Jalan Miri-Bintulu iaitu jalan yang menghala ke Hospital Miri.

Ketua PAS Miri Jofri Jaraiee berkata kebanyakan kenderaan awam yang ingin menuju ke Hospital Miri terpaksa menunggu sehingga kenderaan lengang dari arah bertentangan sebelum dapat masuk ke Jalan Cahaya.

“Pemandu kenderaan yang hendak menuju ke Hospital Miri menghadapi kesukaran terutama pada waktu kemuncak dan kadangkala kenderaan dari arah bertentangan tidak memberi laluan kepada mereka,” katanya kepada Utusan Borneo kelmarin.

Dakwanya, ketiadaan lampu isyarat di simpang masuk ke Hospital Miri turut menyebabkan kesesakan teruk terutama pada awal pagi dan petang.

“Pemandu kenderaan terpaksa berhati-hati sebelum keluar dari simpang terbabit bahkan kenderaan yang datang dari arah bertentangan juga memandu laju dan boleh menyebabkan kemalangan,” katanya.


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...