Wednesday, August 1, 2012

Miri Bebas Kolera..

Penduduk Miri diberi jaminan bahawa tiada sebarang kes wabak kolera dilaporkan berlaku di bandar raya ini.

Perkara ini disahkan Menteri Muda Kesihatan Awam Dr Jerip Susil ketika dihubungi Utusan Borneo dari sini semalam.

“Saya telah menghubungi Hospital Miri berhubung kes berkenaan dan dimaklumkan tiada sebarang kes diterima setakat ini.

“Sekiranya ada sebarang kes disyaki, kami akan bertindak segera untuk melakukan pemantauan,” katanya.

Dr Jerip berkata demikian ketika dihubungi untuk mengulas berhubung aduan yang diterima pejabat akhbar ini daripada orang awam yang mendakwa terdapat beberapa kes wabak kolera berlaku di bandar raya ini.

“Setakat ini, kami tidak menerima sebarang laporan berhubung wabak itu. Justeru dakwaan tersebut tidak benar,” ulangnya.

Menurut beliau, setakat ini wabak berkenaan hanya dikesan berlaku di Bintulu.


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...