Monday, April 23, 2012

Dawos Pertahan Projek Pelancongan Di Sarawak

Timbalan Menteri Pelancongan Datuk James Dawos Mamit memberitahu, beliau berusaha keras mempertahankan projek Kementerian Pelancongan bernilai berjuta-juta ringgit di negeri ini daripada dimansuhkan.


Bercakap dalam Majlis Makan Malam ‘Bidayuh Udung’ di Kampung Sinjok malam kelmarin, katanya beliau terpaksa menggunakan kuasa yang ada padanya untuk memastikan projek-projek itu dilulus dan dilaksanakan untuk faedah rakyat Sarawak.


Sejak dilantik ke jawatan itu pada Januari 2010, beliau mendedahkan bahawa beliau disatukan dengan projek-projek yang melibatkan pelancongan bernilai RM25 juta pada 2010, RM28 juta pada 2011 dan RM38 juta setakat tahun ini.


“Apabila pegawai-pegawai di kementerian berhujah dengan saya bahawa projek-projek tertentu akan dimansuhkan di Sarawak, saya perlu membuat pendirian dan berkata, lihatlah, projek ini adalah penting dan amat perlu untuk dilakukan .


“Saya tidak mungkin tidak akan dicalonkan semula untuk portfolio ini namun saya ingin melakukan yang terbaik untuk rakyat selagi masih menyandang jawatan ini,” katanya ketika berucap kelmarin.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...