Monday, April 23, 2012

Jangan Turut Serta 3.0

Umno Bahagian Penampang di sini kelmarin menasihatkan orang ramai supaya tidak menyertai Perhimpunan Bersih 3.0 yang dijangka diadakan pada 28 April ini bagi mengelakkan kejadian buruk berlaku.

Ketuanya, Datuk John Ambrose ketika ditemui selepas melaporkan bantahan ke Balai Polis Daerah Penampang kelmarin setelah dikhabarkan pihak penganjur akan menggunakan Padang Merdeka, Kota Kinabalu sebagai tempat berhimpun nanti.

Beliau juga meminta agar umum tidak terpengaruh dengan dakyah sesetengah pihak untuk melakukan perhimpunan semata-mata kerana ianya akan mengganggu ketenteraman awam selain menyebabkan kerugian sekiranya perhimpunan terbabit di luar kawalan.

“Ini sudah terbukti dengan insiden perhimpunan Bersih 2.0 diadakan di negara dahulu yang mana mengganggu kententeraman dan merosakkan harta benda awam.

“Selaku anak Malaysia yang cintakan keamanan kita membantah perhimpunan ini kerana dikhuatiri membawa kerugian sahaja,” katanya.


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...