Tuesday, April 24, 2012

Orang Limbang sokong Hasbi??

Seramai 52 ketua masyarakat dan ketua kampung di daerah ini berikrar untuk memberi sokongan penuh kepada Hasbi Habibollah sebagai calon bagi kerusi Parlimen P.221 Limbang pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) yang bakal diadakan tidak lama lagi.

Sokongan tidak berbelah bahagi itu disuarakan pada Program Memperkasa Jaringan Komuniti anjuran Jawatankuasa Kebajikan Kanak-kanak Daerah Limbang di sini Sabtu lepas.

Ketua masyarakat Melayu/Kedayan Pemanca Alie Jahar berkata, ketua kaum dan ketua kampung yang terdiri daripada pelbagai kaum itu sebulat suara mahu Hasbi dicalonkan semula di kerusi itu pada PRU13 kelak.

“Kami sepakat untuk menyokong Hasbi sebagai calon bagi kerusi Parlimen P221 pada pilihan raya kelak dan berusaha keras bagi memastikan Barisan Nasional (BN) memenangi kerusi tersebut,” katanya.

Ketua masyarakat bagi kaum Iban Pemanca Willie Marum, 65, berkata ketua masyarakat Iban di peringkat akar umbi sentiasa memberi sokongan penuh terhadap kepimpinan Hasbi.

Beliau yang juga pengerusi Persatuan Tuai-tuai Rumah Iban Limbang akan turun padang bagi memberi penerangan kepada rakyat mengenai dasar kerajaan.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...