Thursday, August 2, 2012

Ahli Politik Tidak Yakin SPR??

Parti politik di Sarawak diseru untuk berhubung secara terus dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sekiranya mempunyai sebarang kemusykilan berhubung daftar pemilih.

Menurut Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof, tindakan menggunakan pihak ketiga atau media untuk mengemukakan sesuatu isu atau pertanyaan seolah-olah mempersoal dan memperlekehkan integriti SPR.

Saya benar-benar berharap agar parti politik di Sarawak berhubung terus dengan SPR jika mempunyai sebarang keraguan, dan kita akan cuba jelaskan atau jika anda mem-punyai fakta atau bukti jelas berhubung sesuatu perkara, kita boleh siasat dengan agensi lain.

Bukan bermaksud SPR tidak sanggup terima kritikan, tetapi kena berlaku adil kerana sama ada ia dilakukan sengaja atau tidak sengaja, ia menampakkan integriti SPR dipersoalkan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada perjumpaan bersama parti politik dan media bagi memberi taklimat peraturan-peraturan baharu pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) akan datang di sini, semalam.

Sesi soal jawab selepas sesi taklimat semalam sedikit kecoh setelah Menteri Muda Perumahan Abdul Karim Rahman Hamzah menegur seorang calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) berpotensi, Dr Michael Teo yang mempersoalkan integriti dan kejujuran SPR dalam membawa kotak undi di kawasan pedalaman.


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...