Tuesday, July 17, 2012

SWP Pembohong???

Ahli Parlimen Lubok Antu William Nyalau Badak mendakwa Parti Pekerja Sarawak (SWP) yang dipimpin Larry Sng amat pandai membohongi rakyat di negeri ini dengan menyatakan bahawa partinya mesra Barisan Nasional (BN).

Menurutnya, hanya empat parti komponen Barisan Nasional (BN) di Sarawak iaitu Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), Parti Rakyat Sarawak (PRS) dan Parti Progresif Demokratik Sarawak (SPDP).

Sehubungan itu pemimpin tertinggi SWP yang menyatakan parti itu adalah parti mesra BN adalah tidak benar sekali.

Beliau berkata, hanya sebuah parti daripada kalangan empat komponen BN itu yang memakai lambang dacing dalam sebuah kawasan Parlimen Pada Pilihan Raya Umum (PRU) nanti se-perti mana yang telah ditetapkan oleh pemimpin tertinggi BN peringkat pusat mahupun negeri selama ini.


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...