Wednesday, April 25, 2012

Ahmad Lai Tepis Dakwaan Tidak Sihat

Penyandang kerusi Parlimen P218 Sibuti Ahmad Lai Bujang menepis dakwaan yang mengaitkannya sebagai individu tidak sihat untuk menjadi calon pada Pilihan Raya Umum (PRU) kelak.

Beliau memberitahu, dakwaan sedemikian hanya merupakan spekulasi liar pihak tertentu yang berhasrat untuk menggugat kreabilitinya sebagai wakil rakyat di kerusi terbabit.

“Hampir empat tahun setengah saya berkhidmat untuk rakyat dan tidak pernah sekalipun saya meng- ambil cuti rehat berbanding wakil rakyat lain dan ia bukti kukuh bahawa saya sihat,” katanya ketika ditemui kelmarin.

Ahmad Lai memberitahu, beberapa pihak sengaja mencari jalan untuk merebut kerusi itu termasuk mengeluarkan isu-isu peribadi bagi meraih sokongan rakyat.

“Sekarang adalah musim pilihan raya dan pelbagai pihak yang tidak sependapat dengan kerajaan akan mengeluarkan isu-isu tertentu termasuk menyerang peribadi calon untuk mendapat sokongan,” jelasnya.


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...