Wednesday, April 25, 2012

Ahli Parlimen Tidak Bertanding??

Spekulasi mengenai penyandang kerusi Parlimen 218 Sibuti Ahmad Lai Bujang tidak akan bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) kerana faktor kesihatan adalah tidak tepat sekali.

Ketua Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Ranting Sepupok Kaunselor Annuar Ahmad berkata dakwaan tersebut dibuat oleh pihak tidak bertanggungjawab untuk menjatuhkan Ahmad Lai.

“Semua khabar angin yang mendakwa Ahmad Lai tidak sihat adalah tidak benar dan tidak berasas dan spekulasi ini dikeluarkan oleh pihak yang iri hati dengan pencalonan semula beliau,” katanya ketika dihubungi kelmarin.

Annuar memberitahu, sejak memegang kawasan Sibuti empat tahun lalu, Ahmad Lai tidak pernah mempunyai masalah kesihatan yang serius seperti yang didakwa sesetengah pihak.

“Jangan mendengar atau mudah terpengaruh dengan dakwaan sedemikian kerana ia adalah taktik pihak tertentu untuk memecahbelahkan sokongan rakyat terhadap kerajaan,” katanya.

Menurutnya, ada pihak tertentu khususnya pembangkang sengaja mengeluarkan isu tidak benar semata-mata untuk menimbulkan situasi panik di kalangan penyokong setia kerajaan.


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...