Kerajaan Malaysia sedang membincangkan kemungkinan mengadakan pilihan raya awal pada Mei atau Jun, sebelum penggal tamat pada awal 2013, demikian menurut empat pegawai yang enggan dikenali kerana perbincangan diadakan secara sulit.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dijadual berucap pada 26 Mac kepada kira-kira 4,000 kakitangan Kementerian Penerangan yang membantu menyelia pilihan raya, kata pegawai kerajaan tersebut.
Satu tarikh yang dicadangkan bagi Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) ialah 3 Jun, demikian menurut para pegawai itu.