Wednesday, July 25, 2012

Judat Tak Bermaruah..

Tindakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meluan Wong Judat keluar Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP) dan menyertai Parti Perja Sarawak (SWP) adalah tidak bermaruah.

Ahli Majlis Tertinggi Parti Pesaka Bumiputera Bersatu Sarawak (PBB) Abdul Karim Rahman Hamzah berkata sebaliknya tindakan Judat itu seperti bermain kayu tiga.

Abdul Karim yang juga Menteri Muda Perumahan dan Pembangunan Belia, berkata rakyat akan menentukan kedudukan dan masa depan wakil rakyat terbabit pada pilihan raya nanti.

“Dalam konteks Barisan Nasional (BN) kita perlu akur dengan prinsip-prinsip dan perjuangan parti, bukannya mengikut kehendak diri sendiri,” katanya kepada pemberita di sini semalam.

Abdul Karim berkata tindakan Judat keluar parti itu ternyata tidak memiliki kredibiliti yang unggul sebagai seorang ahli politik berjiwa rakyat.


Bekas Pemimpin BN Penting Diri??

Seorang Ahli Parlimen di Sarawak menasihati beberapa pemimpin veteran yang sebelum ini pernah menjadi wakil rakyat Barisan Nasional (BN) dan kini bertindak menentang kerajaan BN agar melupakan hasrat mereka itu pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) nanti..ini kerana beberapa pemimpin BN sebelum ini seperti Datuk Sng Chee Hua, Jawah Gerang dan Donald Lawan mengajak rakyat menentang kerajaan BN.

Tindakan mereka ini menurut beliau harus diberhentikan kerana sepatutnya mereka ini harus membantu BN menaik taraf hidup rakyat bukannya mengajak rakyat menentang BN..Selain itu beliau juga menasihati para tuai rumah dan rakyat di kawasan beliau agar berhati-hati dengan tindakan segelintir pihak yang sedang meracuni pemikiran rakyat menerusi kempen yang dilancarkan mereka ketika ini.




Tuesday, July 24, 2012

Langkah Judat Keluar SPDP Dialu-Alukan

Pengumuman Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meluan Wong Judat untuk keluar daripada Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP) pada 31 Julai ini adalah cara terbaik untuk mengelakkan sebarang konflik antara Parti Rakyat Sarawak (PRS) dan SPDP.

Setiausaha PRS Cawangan Skuau Tungku Balang menegaskan bahawa Judat wajar berbuat demikian kerana beliau merupakan musuh dalam selimut Barisan Nasional (BN).

Tindakan beliau (Wong) akan menjernihkan lagi hubu-ngan antara PRS dan SPDP.

Ini akan mengukuhkan lagi hubungan kedua-dua parti ini sekali gus memadamkan beberapa spekulasi yang tidak baik terhadap kedua-dua parti tersebut. Dengan ini bertambah baiklah hubungan kami dengan SPDP untuk terus bersatu menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) kelak.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...