Tuesday, September 4, 2012

Ding Diganti Dalam PRU??

“Masyarakat di Parlimen P208 Sarikei tidak sewajarnya mempercayai khabar angin bahawa terdapat individu tertentu atau calon baharu yang bakal menjadi calon Barisan Nasional (BN) daripada Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) untuk mengantikan saya,” kata Ding Kuong Hiing.

Ding juga yang merupakan Ahli Parlimen P208 Sarikei turut berkata, berita seperti itu tidak sewajarnya dipercayai oleh masyarakat kerana pada masa kini, terdapat pelbagai cara dan langkah pihak tertentu untuk memutar-belitkan sesuatu perkara bagi mengelirukan masyarakat, terutama menjelang musim pilihan raya.

“Dewasa ini era masyarakat berpolitik adalah sangat bijak dan sentiasa menggunakan setiap peluang yang ada dengan sebaik dan sebijaknya.

“Jadi berdasarkan situasi tersebut, masyarakat yang kerap menjadi sasaran keadaan juga harus bijak dan peka dalam menilai sesuatu perkara agar mereka tidak diperalatkan oleh pihak terbabit demi kepentingan diri.

“Dalam menentukan siapakah calon yang bakal bertanding di kerusi Parlimen Sarikei biarlah pucuk kepimpinan parti yang menentukan dan mengumumkannya serta bukan menerusi konsep melobi diri menjelang musim pilihan raya,” katanya.


Syarat Masuk Perkhidmatan Awam Harus Dilonggarkan

Suruhanjaya Khas Mengkaji Transformasi Perkhidmatan Awam (SKMTPA) harus melonggarkan syarat kemasukan lepasan sekolah ke perkhidmatan awam melibatkan penjawat dari Sarawak dan Sabah.

Aktivis Sosial Wan Zain Syed Mohdzar berkata, dengan melonggarkan syarat kemasukan itu maka lebih ramai yang layak dapat menduduki jawatan-jawatan terbabit.

Beliau berkata pertimbangan itu boleh dilakukan kerana tahap (standard) pelajaran yang diperolehi pelajar dari negeri ini dan Sabah tidak sehebat ma-na dibandingkan dengan pelajar di Semenanjung Malaysia.

Kita amat bersetuju calon-calon dari Sarawak dan Sabah diberi kelonggaran dalam menilai kemasukan mereka menjawat perkhidmatan awam,” katanya mengulas kenyataan Pengerusi SKMTPA Tun Zaki Tun Azmi dalam akhbar Rabu lalu.

Wan Zain yang juga Presiden Mimbar Permuafakatan Ibu Bapa Malaysia (MAPIM) Cawangan Sarawak berkata jika pertimbangan itu dilakukan sudah tentu indeks pengangguran di kalangan lepasan SPM/PMR akan menurun.

Beliau berkata pengangguran lepasan IPTA/IPTS juga me-ningkat, kerana jawatan di mana mereka yang layak ditawarkan kepada calon-calon dari Semenanjung Malaysia.

Ini memperlihatkan kerajaan persekutuan tidak sensitif dengan aspirasi serta semangat penggabungan Sarawak dan Sabah dalam Malaysia,” kata-nya.


Jangan Bangkit Isu Negatif

Timbalan Speaker Dewan Rakyat Datuk Wan Junaidi Tunku Jaafar menegah rakyat di negara ini membangkitkan isu negatif yang boleh menimbulkan huru-hara sebaliknya memainkan peranan positif ketika di ambang Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

Tambahnya, kerajaan menyokong setiap perubahan namun ia harus dilakukan dengan cara yang lebih bertamadun.

Lagipun rakyat Malaysia penuh ketatasusilaan dan setiap agama menyeru umatnya untuk menolak perkara yang buruk.

Cuba kita lihat sebagai contoh, bendera Amerika Syarikat (AS) tidak pernah ditukar dan gambar Presiden Obama tidak pula dipijak-pijak oleh rakyatnya kerana mereka adalah orang yang bertamadun, hilang ketamadunan harus dielakkan..


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...