Friday, March 2, 2012

Terima calon pilihan

Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah Datuk Seri Panglima Musa Aman mengulangi peringatannya kepada semua anggota Umno dan parti komponen BN di Sabah supaya menerima secara terbuka siapa saja yang diputuskan pucuk pimpinan sebagai calon pilihan raya umum ke-13.

Pendirian seperti itu penting bagi memastikan BN terus kukuh seterusnya mampu memenangi pilihan raya umum akan datang dengan pencapaian lebih baik berbanding pilihan raya umum lepas.


Sehubungan itu, beliau menggesa semua anggota BN agar menyokong dan seterusnya memenangkan calon-calon yang telah dipilih untuk bertanding pada pilihan raya akan datang.

“Kita minta semua anggota bekerja satu hati dan terima siapa sahaja calon yang dipilih,” katanya kepada pemberita selepas menutup program Penerangan Perdana Zon 6 di sini kelmarin.

Melalui program berkenaan, masyarakat dari kawasan Lahad Datu, Kunak, Semporna, Kalabakan dan Tawau berpeluang mendapat penjelasan terus terhadap isu-isu yang berbangkit di kawasan masing-masing daripada ketua-ketua jabatan kerajaan.

Sementara itu dalam ucapannya, Musa yakin BN dapat memperolehi kemenangan 100 peratus pada PRU ke-13 akan datang.

Katanya, keputusan itu tidak mustahil untuk dicapai sekiranya semua anggota dalam BN bersatu dan bekerjasama untuk mencapai hasrat itu.

Jika pada pilihan raya lalu, katanya, BN Sabah menang dengan cemerlang dengan hanya kekalahan dua kerusi, keputusan 100 peratus itu tidak mustahil untuk capai pada pilihan raya akan datang.

Sehubungan itu, beliau menggesa seluruh jentera BN Sabah agar bekerja lebih kuat bagi menawan semula kerusi Dewan Undangan Negeri Sri Tanjung dan Parlimen Api Api.


Read more: http://www.theborneopost.com/2012/03/02/terima-calon-pilihan/#ixzz1nvYppy00

1 comment:

Anonymous said...

baru pencalonan.... belum lagi pilihan rakyat... XD hahaha. BN akan terus kukuh jika pemimpinnya tidak buta kerana harta dunia.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...