Monday, April 2, 2012

Exco Pemuda PBB Layar Sedia Hulur Bantuan

Exco Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Layar, Betong sedia membantu PBB negeri dalam persiapan menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) nanti.

Menurut Ketua Pemudanya, James Agat Digat, sebagai barisan yang mengukuhkan parti, Pemuda harus memahami peranan dan tanggungjawab yang dipikul.

“Pemuda PBB harus dilihat oleh masyarakat sekeliling sebagai penggerak kepada kepimpinan parti di peringkat akar umbi,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas Mesyuarat Tahunan Pemuda PBB Layar di Bilik mesyuarat Pejabat Pertanian Betong di sini, kelmarin.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...